fbpx
Now Reading
Iphone 11 Tenggelam Dua Bulan Dalam Tasik Disney Ditemui Masih Berfungsi

Iphone 11 Tenggelam Dua Bulan Dalam Tasik Disney Ditemui Masih Berfungsi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata orang semua orang tahu yang kebanyakan peranti pinar jenis ‘flagship’ pasti akan hadir dengan fungsi kalis air sekurang-kurangnya sokongan kalis air IP67 . Walau bukan 100% kalis air sekurang biarlah ia mampu bertahan sekiranya terkena percikan air yang sedikit.

Namun untuk membiarkan peranti anda berada di dalam air untuk satu tempoh yang lama pasti ramai yang tak sanggup bukan?

Namun tiada siapa menyangka sesebuah telefon pintar jenis Iphone 11 yang sudah dua bulan terendam di dalam tasik masih kekal berfungsi apabila dijumpai.

Keluarga ini gembira apabila iphone 11 mereka ditemui masih berfungsi dengan baik selepas 2 bulan

Kejadian yang berlaku kepada keluarga ini menarik perhatian ramai . Pasangan Lisa dan Jacob sebelum ini kehilangan iphone 11 mereka selepas peranti itu terjatuh ke dalam tasik Seven Seas Lagoon di Disney World Florida

Walaupun akur dengan kejadian tersebut, mereka tetap bersedih kerana semua gambar kenangan mereka sekeluarga sepanjang berada di sana terdapat di dalam ‘lesap’ bersama telefon berkenaan.

Namun dua bulan kemudiannya, mereka mendapat perkhabaran yang peranti itu telah pun ditemui oleh pasukan petugas di Disney World. Yang menariknya peranti berkenaan bukan sahaja berjaya dihidupkan malah ianya masih berfungsi walaupun sudah terendam didalam suatu jangka masa yang lama.

iphone 11 milik keluarga berkenaan. Foto : MacRumors

Bagaikan satu keajabaiban memandangkan iPhone 11 hanya dilengkapi dengan sokongan kalis air IP68 yang dipercayai mampu bertahan tidak lebih dari 30 minit.

Kejadian ini jelas menunjukkkan iPhone 11 sebenarnya lebih tahan berbanding apa yang dinyatakan pihak Apple sebelum ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.