fbpx
Now Reading
Twitter Mula Uji ‘Stories’, Netizen Ramai Kurang Setuju

Twitter Mula Uji ‘Stories’, Netizen Ramai Kurang Setuju

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa aplikasi media sosial seperti Facebook, Snapchat, Instagram, dan Youtube hadir dengan fungsi ‘Stories’, Twitter juga kini bakal hadir dengan ciri ciri yang sama.

Twitter pada khamis mengumumkan yang mereka akan mula menguji ‘Stories’ versi mereka sendiri yang dinamakan Fleet dengan pengujian awal dilakukan hanya di negara Brazil .

Sama seperti fungsi stories di aplikasi lain, apa sahaja yang dikongsi di Fleet akan hilang selepas tempoh 24 jam.

Selain dari itu, Fleet juga tidak boleh di RT, tiada tanda suka dan banyak lagi. Sama seperti IG story pengguna boleh berinteraksi sesama sendiri dengan menghantar DM.

Pengguna juga boleh menambah foto, GIF dan 2 minit 20 saat video kedalam Fleet, sama juga fungsinya seperti Insta Stories.

Namun pengumuman ini menyebabkan rata-rata pengguna Twitter tidak berpuas hati, ramai merasakan perubahan ini akan menyebabkan Twitter bakal kelihatan sama seperti aplikasi lain.

Apa pula pendapat anda?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.