fbpx
Now Reading
Apple Lancar Program Gantian Skrin Percuma Untuk Ipad Air 3rd Gen

Apple Lancar Program Gantian Skrin Percuma Untuk Ipad Air 3rd Gen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apple hari ini mengumumkan satu program gantian skrin secara percuma buat pengguna Ipad Air 3rd Gen (2019) yang menghadapi masalah skrin mati ( blank screen) secara tiba-tiba.

Menurut kenyataan itu lagi, model yang terjejas adalah model Ipad Air 3rd gen yang dihasilkan dari Mac 2019 hingga October 2019.

Buat pelanggan di Malaysia yang mengalami masalah skrin tidak berfungsi itu mereka boleh menghantar peranti mereka ke Apple Authorized Service Provider untuk pemeriksaan dan pengesahan, dimana peranti yang layak* akan dibaiki secara percuma.

Tambah mereka lagi, buat pemilik tablet yang tidak menghadapi sebarang masalah buat masa ini, syarikat gergasi itu akan mengekalkan penawaran program gantian skrin percuma sehingga dua tahun selepas tarikh ia mula dijual

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran pembaikan secara percuma ini di laman Apple MY support di sini

*peranti yang dihasilkan dari Mac 2019 hingga October 2019.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.