fbpx
Now Reading
Akhirnya PLUS Sedia Laluan RFID Di Semua Tol, Termasuk LPT2 Bermula 1 April

Akhirnya PLUS Sedia Laluan RFID Di Semua Tol, Termasuk LPT2 Bermula 1 April

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya apa yang dinantikan oleh pengguna Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) iaitu laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Syarikat konsesi lebuh raya itu dalam satu kenyataan mengumumkan akan mula menyediakan kemudahan berkenaan merangkumi 173 lorong RFID termasuk 131 lorong khas RFID di 83 tol plaza mereka.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan RFID yang akan turut melibatkan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) itu dijangka bermula 1 April 2020 ini.

Pelaksanaan RFID di plaza tol sistem tertutup PLUS menandakan penyempurnaan ekosistem lebuh raya menggunakan sistem berkenaan sepenuhnya.

“Kami menjangkakan peningkatan dalam permintaan RFID terutama dalam kalangan 1.7 juta pelanggan lebuh raya harian kami berikutan sejak 36 bulan lepas, PLUS menyelaraskan sistem RFID bersama Touch ‘n Go di 10 plaza tol sistem terbuka.

Pelaksaan ini pasti memudahkan lagi urusan para pengguna Foto : Soya Cincau

“Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan,” katanya lagi

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai TNG RFID atau cara untuk mendapatkan nya terus ke website mereka di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.