Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru sahaja memperkenalkan fungsi ‘dark mode’pada semua pengguna IOS 13 dan Android beberapa minggu lalu, aplikasi perbualan paling popular Whatsapp dijangka hadir dengan satu lagi fungsi baru.
Dijangkakan mereka akan memperkenalkan mesej ‘sementara’ yang akan terpadam sendiri selepas beberapa tempoh masa mengikut tetapan oleh pengguna.
Memetik WAbetainfo, aplikasi milik Facebook itu kini sedang menguji fungsi berkenaan menerusi dua versi WhatsApp Beta mereka di Android iaitu v2.20.83 and v2.20.84
Foto : WAbetainfo
Pengguna boleh menetapkan beberapa pilihan tetapan mesej sama ada ingin ianya dipadamkan dengan sendiri selepas 1 jam,1 hari, 1 minggu, 1 bulan atau 1 tahun.
Tidak pasti lagi sekiranya fungsi ini akan dikekalkan dan diperkenalkan kepada semua peranti kelak. Namun sekiranya ya, nampaknya Whatsapp dilihat akan mengikuti satu fungsi yang diaspirasi dari pesaing mereka, Telegram