fbpx
Now Reading
Data Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga PKP Berakhir- SKMM

Data Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga PKP Berakhir- SKMM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelanggan postpaid dan prepaid empat syarikat telekomunikasi terbesar negara akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi 1GB setiap hari, mulai 1 April ini sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Kuota secara percuma untuk pelanggan empat syarikat telekomunikasi terbesar iaitu Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

Perkara tersebut diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan pada malam Jumaat.

SKMM

“Panggilan percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk menghubungi talian hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disamping itu, pihak SKMM turut mengatakan yang syarikat telekomunikasi telah memberikan komitmen untuk melabur sehingga RM400 juta untuk meningkatkan liputan serta memastikan kualiti rangkaian yang tinggi.

Yang menariknya, selain dari pemberian data percuma oleh empat syarikat telekomunikasi tersebut, pelanggan Astro dan Unifi TV juga akan ditawarkan akses tontonan percuma sepanjang tempoh PKP ini.

Astro dari awal PKPK sudahpun mengumumkan pemberian akses percuma untuk 14 saluran filem dan 11 saluran berita selain 22 saluran percuma menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

Unifi TV pula menawarkan akses percuma untuk semua salurannya dan diskaun 20% untuk perkhidmatan Video-on-Demand.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.