fbpx
Now Reading
Kerosakan Kabel Bawah Laut Punca Internet ‘Slow’

Kerosakan Kabel Bawah Laut Punca Internet ‘Slow’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak petang semalam ramai pengguna meluah kan rasa kecewa berikutan kesukaran melayari internet disaat majoriti rakyat Malaysia sedang ‘berkampung ‘ bekerja dari rumah susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Berikutan dari itu, Telekom Malaysia(TM) kemudian tampil mengeluarkan komen rasmi bagi menjelaskan punca isu tersebut timbul.

Menurut mereka, konsortium yang menguruskan kabel APCN2 (Asia Pacific Cable Network 2) telah mendapati ada sedikit gangguan pada kabel Segment 3 – antara Chongming ke Lantau, menghubungkan Malaysia melalui Mersing ke SingapuraHong Kong dan juga San Jose, Amerika Syarikat.

Menurut TM, konsortium yang menguruskan kabel APCN2 (Asia Pacific Cable Network 2) telah mengenalpasti terdapat sedikit gangguan pada kabel Segment 3 – mereka di antara Chongming ke Lantau, menghubungkan Malaysia melalui Mersing ke SingapuraHong Kong dan juga San Jose, Amerika Syarikat.

Memetik Amanz, kerosakan kabel tersebut sebagai laluan menyambungkan sambungan antarabangsa ke sejumlah perkhidmatan berasaskan internet yang terletak di Hong Kong dan Amerika Syarikat. menyebabkan pelayaran di laman web sangat perlahan.

Lantaran dari itu, TM mengambil sejumlah langkah dengan meminimakan beberapa penggunaan aplikasi seperti video call, online gaming permainan, dan VPN. Beberapa kaedah lain turut telah diambil dalam mengurangkan impak kepada pengguna.

Namun bagi kami,pengalaman melayari internet hari ini dilihat ada sedikit kemajuan berbanding semalam walaupun proses membaikpulih difahamkan masih lagi berjalan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.