fbpx
Now Reading
Apple Dan Google Jalin Kerjasama Untuk Kesan Kontak Covid-19 Menggunakan Bluetooth

Apple Dan Google Jalin Kerjasama Untuk Kesan Kontak Covid-19 Menggunakan Bluetooth

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya persaingan antara dua gergasi IT iaitu Apple dan Google akan berhenti seketika apabila mereka mengumumkan bekerjasama dalam menghasilkan teknologi bagi mengesan kontak Covid-19

Dengan menggunakan teknologi Bluetooth ,Apple dan Google akan membantu agensi kerajaan dan pasukan kesihatan dalam mengesaan kontak rapat pesakit virus maut tersebut sekaligus mengawal penyebarannya.

Difahamkan sebagai permulaan, dijangka pada Mei, kedua-dua syarikat gergasi ini akan hadir dengan sokongan API untuk memudahkan pihak berwajib untuk memantau orang ramai, tanpa mengira jenis peranti mereka samaada dari IOS atau pun Android.

Foto : TechCrunch

Kemudiannya mereka akan meneruskan langkah seterusnya dengan mengintegrasi teknologi berasaskan Bluetooth pada peringkat operating system mereka bagi memastikan lebih ramai yang menyertainya/

Difahamkan bagi mengelakkan timbulnya isu seperti sekuriti dan privasi pengguna, kedua syarikat gergasi ini akan berkongsi kepada umum sebarang perkembangan dalam projek usaha sama ini.

Diharapkan kerjasama Apple dan Google ini akan lebih melancarkan proses mengesan semua kontak-kontak rapat pesakit Covid-19 yang semakin mengganas ini.

Terdahulu beberapa agensi kerajaan dari serata dunia telah mengambil inisiatif menghasilkan solusi sendiri dalam mengesan kontak pesakit diantaranya Kementerian Komunikasi dan Multimediai Malaysia (KKMM) dengan kerjasama dari Kementerian Sains Teknonologi dan Inovasi (MOSTI) yang sedang membangunkan aplikasi bagi mengesan kontak rapat Covid-19 .

Aplikasi Trace Together yang dibangunkan kerajaan Singapura dalam mengesan kontak pesakit Covid-19 Foto : Mediacorp

Selain itu Kementerian Kesihatan Singapura juga difahamkan sudah membangunkan aplikasi dengan misi yang sama yang diberi gelaran Trace Together

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.