
Whatsapp Kini Sokong Video Call Sehingga 8 Orang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Boleh dikatakan masyakat kini sudah boleh menyesuaikan diri dengan norma baru yang memerlukan mereka untuk bekerja dan belajar di rumah.
Jika sebelum ini aktiviti formal seperti mesyuarat dan kelas tutor memerlukan anda untuk hadir secara fizikal dalam bersemuka dengan orang ramai, kini semuanya dapat dilakukan secara online ; sama seperti anda berhubung dengan orang tercinta.
Enggan melepaskan peluang dengan norma baru ini, aplikasi perbualan paling popular, Whatsapp nampaknya mengorak langkah dengan memperkenalkan tambahan quota pengguna bagi panggilan audio dan video mereka.

Jika dahulu hanya mampu memuatkan 4 orang sahaja dalam satu masa, kini ia mampu menyokong perbualan di antara 8 orang pengguna serentak.

Masih lagi dalam tempoh percubaan, features baru ini yang bakal ditawarkan buat semua pengguna tidak lama lagi mungkin dapat dijadikan alternatif buat orang ramai yang agak skeptikal dengan tahap sekuriti aplikasi Zoom yang didakwa ‘banyak menimbulkan masalah’
Ini pasti mengukuhkan lagi nama Whatsapp di kalangan pengguna memandangkan ciri-cirinya semakin disesuaikan dengan keperluan masa kini sekaligus mengekalkan statusnya sebagai aplikasi ‘wajib ada’ bagi semua orang.
Walaupun tidak dapat dipastikan bila tarikh sebenar ‘naik taraf’ ini namun hint yang diberikan Ketua Whatsapp di Facebook , Will Cathcart, pada Twitternya ciri-ciri ini bakal hadir pada penghujung April.
I'm very excited for this. We'll be rolling out to users on Android and iPhone next week. https://t.co/jNZCBs6EZE
— Will Cathcart (@wcathcart) April 24, 2020
Dalam pada itu, Facebook turut hadir dengan fungsi terbaru iaitu Messenger Rooms yang membolehkan anda membuat panggilan video yang menyokong sehingga 50 orang pengguna dalam satu masa
Messenger Rooms will hold up to 50 people with no time limit so you can drop in and spend time with friends, family and people who share your interests. You can discover Rooms from your Facebook friends, Groups and Events at the top of News Feed. pic.twitter.com/Fmx2VPjmMX
— Facebook (@Facebook) April 24, 2020