fbpx
Now Reading
Iphone 12 Mungkin Hadir Tanpa Apple Earpods Dan Charger?

Iphone 12 Mungkin Hadir Tanpa Apple Earpods Dan Charger?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang meminati dan sentiasa mengikuti perkembangan peranti Iphone pasti ada terdengar rumors yang mengatakan Apple bakal menawarkan harga yang sedikit rendah pada peranti baru mereka.

Yang kami maksudkan bukan SE yang sudah berada di pasaran sebaliknya siri terbaru mereka iaitu iphone 12.

Rumors ini secara tidak langsung membuatkan banyak peminat iphone melompat kegirangan justeru dan mula mengumpul wang untuk mendapatkan peranti baru tersebut yang dijangka diperkenalkan pada bulan September ini.

Namun disebalik harga tersebut, penganalisa Apple terkenal iaitu Ming Chi Kuo menjangkakan peranti-peranti baru yang mendatang mungkin hadir tanpa Apple Earpods dan juga pengecas sebaliknya hanya menyertakan kabel usb dan peranti itu sendiri sahaja; satu perkara yang tidak pernah dilakukan Apple semenjak pelancaran peranti Iphone pertamanya!

Foto : BGR

Ini menurutnya sebagai satu alternatif agar syarikat gergasi itu mampu untuk menawarkan peranti mereka dengan harga yang rendah namun dengan kos yang tinggi melalui penawaran rangkaian 5G.

Rumors ini menyebakan ramai peminat iphone mula berasa kurang senang dengan strategi Apple dimana para pengguna dilihat bakal berbelanja lebih besar hanya untuk mendapatkan benda wajib iaitu kepala pengecas,

Malah Apple juga dijangka mengadakan promosi menjual Airpod dengan harga murah pada penghujung 2020 memandangkan peranti baru mereka kekurangan aksesori ini

Apa-apa pun, pada kami sekiranya strategi Apple ini benar-benar dilakukan dan berhasil, ianya pasti menjadi ikutan jenama-jenama lain bukan ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.