fbpx
Now Reading
Menawan Habis, PlayStation 5 Bersalut Emas 24K Bakal Dilancarkan

Menawan Habis, PlayStation 5 Bersalut Emas 24K Bakal Dilancarkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jun lalu di kemuncak acara The Future Of Gaming, Sony telah berkongsi kepada orang ramai reka bentuk konsol Playstation 5 (PS5) yang membuatkan para gamer tak senang duduk.

Didominasi dengan warna putih dan sedikit campuran warna hitam, PS5 boleh dikatakan penuh dengan ciri-ciri futuristik dan mempunyai persamaan dengan reka bentuk alat kawalan yang terlebih dahulu diumumkan, DualSense.

Namun siapa sangka belum pun rasmi dilancarkan, sebuah syarikat dari United Kingdom, Truly Exquisite sudah pun mengumumkan bakal menawarkan PS5 mewah dengan tiga varian iaitu bersalut platinum, emas 24K dan Rose gold 16k kepada orang ramai.

Memang terkenal dalam menawarkan barangan teknologi dengan salutan emas 24K, Truly Exquisite bagaimanapun belum meletakkan sebarang tanda harga lagi untuk konsol mainan tersebut.

Namun foto teaser yang dikeluarkan mereka jelas menarik minat gamer-gamer dari seluruh dunia .

Bukan hanya pada konsol nya malah headphone dan alat kawalan jauhnya , Dual Sense turut disaluti emas.

Yang menariknya pengasas Truly Exquisite, Kunal Patel dalam satu kenyataan berkata mereka menganggarkan akan mengeluarkan kurang dari 100 unit bagi PS5 ini. Dengan kuantiti sebanyak itu, kami yakin harganya pasti tak lari dari RM 30,000 .

Sebelum ini di sekitar tahun 2013 Xbox One bersalut emas pernah dijual dengan harga £6,000 (RM 33,000) di gedung mewah, Harrods.

Agak-agak korang dekat Malaysia ada tak yang akan beli ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.