fbpx
Now Reading
Ini Sebab Kenapa Anda Patut ‘Restart’ Telefon Pintar Anda Sekali Seminggu

Ini Sebab Kenapa Anda Patut ‘Restart’ Telefon Pintar Anda Sekali Seminggu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui telefon pintar kini merupakan ‘alat wajib ada’ bagi setiap orang . Jika dahulu ia hanya digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi, kini fungsinya lebih dari itu.

Bukan sahaja ditangan hampir setiap masa, telefon pintar juga kini sudah menjadi medium anda untuk mendapatkan info dan juga maklumat terkini.

Malah waktu penggunannya juga semakin bertambah disebkan pertambahan ciri-ciri yang boleh menggantikan beberapa alatan penting lain seperti radio, jam tangan, diari, kamera, dan banyak lagi.

Justeru selamat untuk dikatakan telefon pintar anda sebenarnya tidak pernah berehat dan sentiasa ‘bersedia’ untuk anda.

Foto : Tritec

Namun tahukah anda peranti ini juga sebenarnya perlu dijaga kesihatannya? Ia boleh dilakukan dengan melakukan satu cara mudah iaitu menerusi proses ‘restart’ .

Ya, matikan telefon anda dan biarkan ia padam sekurang-kurangnya seminit kemudian dan kemudian hidupkannya kembali. Anda digalakkan untuk melakukan proses ini minimum sekali seminggu.

Tapi kenapa? Apa bezanya dengan membiarkan peranti anda berjalan seperti biasa ?

Demi melancarkan prestasi

Sebenaya terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu hidupkan semula telefon pintar. Ini bagi memastikan prestasi peranti tersebut lancar dan tidak mengalami sebarang masalah.

Selain itu tindakan tersebut akan membantu :

  1. Mengembalikan semula memori
  2. Mengelakkan sisterm operasi anda mengalami crash
  3. Memanjangkan jangka hayat bateri
  4. Mengoptimumkan kelancaran

Menurut seorang konsultan teknologi, Bob Motamedi yang berpangkalan di Los Angeles , dalam penggunaan seharian, aplikasi yang kita tutup di peranti kita sebenarnya bukanlah ditutup sepenuhnya.

Sebaliknya ianya diletakkan dalam keadaan ‘standby’ bagi membolehkan ianya dibuka lebih pantas pada masa seterusnya. Sekarang bayangkan beberapa banyak aplikasi yang anda gunakan setiap hari?

Kesemua aplikasi ini sebenarnya memakan memori dan turut menggunakan kuasa bateri tanpa kita sedari justeru membuatkan peranti anda cepat kehabisan bateri.

Jadi dengan melakukan ‘restart’, kesemua aplikasi akan tertutup sepenuhnya, memori peranti anda juga akan membuang segala benda yang pernah anda layari sebelum ini.

Proses ini jika diringkaskan umpana anda memberikan peranti anda ‘nap’ untuk seketika

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.