Pengguna Aplikasi Facebook Mula Terima Fungsi Dark Mode
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dark Mode atau dalam Bahasa Melayunya, Mod Gelap adalah salah satu fungsi yang semakin menjadi kegemaran orang ramai sejak kebelakangan ini. Ia bukan sahaja tidak menyakitkan mata malah mampiu menjimatkan penggunaan bateri
Namun sesuatu yang pelik apabila aplikasi paling terkenal iaitu Facebook masih lagi belum hadir dengan fungsi ini sedangkan ura-ura mengenainya sudah hampir setahun diperkatakan.
Ini menyebabkan Facebook jauh tertinggal di belakang dalam hal ini berbanding aplikasi dan media sosial yang lain seperti Twitter, Youtube , dan juga Instagram .
Namun sejak beberapa hari lalu, beberapa pengguna Facebook mula melaporkan yang aplikasi berkenaan kini sudah mula hadir dengan ciri-ciri tersebut.
Enggan menunggu lama, kami di Buzzkini cuba mengujinya dan ternyata sebuah dari beberapa peranti yang kami uji sudah pun dilengkapi dengan fungsi tersebut.
Melihatkan keadaan ini, kami merasakan syarikat gergasi IT itu pasti akan mula memperkenalkannya kepada orang ramai dalam masa terdekat.
Namun harus diingatkan ia tidak akan hadir dengan sendiri, anda perlu mengaktifnya kannya dengan mengikuti beberapa langkah.
Untuk semak samaada ianya sudah tersedia di dalam aplikasi facebook anda, ikuti langkah yang kamu tunjukkan di dalam video di bawah:
Sekiranya percubaan anda tidak berjaya dimana tiada perkataan ‘dark mode’ yang ditemui usah kecewa. kami cadangkan cuba lagi di lain hari. Mungkin belum giliran anda.