fbpx
Now Reading
Ini Cara Aktifkan ‘Disappearing Messages’, Fungsi Padam Mesej Sendiri Di Whatsapp

Ini Cara Aktifkan ‘Disappearing Messages’, Fungsi Padam Mesej Sendiri Di Whatsapp

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai yang sudah tak sabar sejak ada ura-ura mengatakan Whatsapp akan hadir dengan fungsi mesej padam secara sendiri.

Fungsi ini sebenarnya berguna terutama buat anda yang ‘stuck’ dalam satu grup yang suka berborak panjang atau dengan individu yang memang 24 jam suka ber whatsapp anda yang anda sendiri.

Kerana lebih banyak anda gunakan whatsapp lebih banyak lah kapastiti storan anda digunakan.

Sebeanrnya fungsi tersebut sudahpun diperkenalkan beberapa hari lalu sama dengan fungsi buang fail media secara pukal . (Delete All Media)

Cuma bezanya, ada yang belum menerima kesemua fungsi-fungsi ini kerana ianya sedang dikemaskini secara berperingkat.

Cara untuk akftifkannya

Jadi untuk mengaktifkannya anda hanya perlu pergi ke individu atau grup yang anda nak tetapkan fungsi padam sendiri ini. Namun untuk grup hanya mereka yang ada akses admin sahaja dibenarkan mengaktifkan fungsi ini.

Kemudian tekan pada profile indivu/grup tersebut yang terletak di atas chat box dan pilih ‘Disappearing Messages’

Sebaik anda pilih ‘Disappearing Messages’, akan keluar pop up kali pertama menerangkan tentang fungsinya di mana segala mesej dengan invidiv/grup berkenaan akan hilang selepas 7 hari jika anda mengaktifkan fungsi teersebut. Tekan continue dan pilih On.

Anda sudahpun berjaya mengaktifkannya. Whatsapp kemudiannya akan memberi peringatan di mana mesej yang terpadam sendiri masih boleh disimpan, jika penerima menghantar ke orang lain atau menangkap layar perbualan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.