fbpx
Now Reading
Food Truck KFC Tanpa Pemandu & Layan Diri Di Shanghai Curi Tumpuan

Food Truck KFC Tanpa Pemandu & Layan Diri Di Shanghai Curi Tumpuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui selain mencuci tangan dan menggunakan mask salah satu kaedah mencegah penularan wabak Covid-19 adalah dengan menjaga penjarakan fizikal dan juga mengelakkan sentuhan

Namun ada beberapa aktiviti yang menyukarkan kita untuk menjaga penjarakan fizikal antara membuat pembayaran tunai.

Namun lain pula dengan KFC di Shanghai, China apabila mereka dilihat mula menggunakan food truck jenis layan diri di sebuah kawasan berhampiran stesen Metro di sana.

Menerusi foto yang tular di media sosial itu, jelas trak autonomi jenis layan diri itu hanya memerlukan anda membuat pesanan menggunakan skrin papan sentuh yang disediakan.

Sebaik membuat pembayaran menggunakan QR Code,pintu akan terbuka untuk anda mengambil makanan yang sudah dipesan.

Foto : Soya Cincau

Meskipun tiada maklumat lanjut sama ada ianya adadah percubaan atau sudahpun dilancarkan sepenuhnya, ianya jelas menarik minat orang ramai dari seluruh dunia yang sedikit kagum dengan bisnes model mereka.

Difahamkan food truck berkenaan adalah dari model Neolix, kenderaan tanpa pemandu 5G yang sama digunakan di Hospital Siriraj, Thailand untuk menghantar bekalan ubat-ubatan.

Penggunaan Neolix juga dilihat akan semakin meluas semakin mendapat permintaan yang tinggi susulan penularan wabak Covid-19

Menarik bukan? Adakah anda bersetuju kalau Malaysia turut menggunakan teknologi sebegini?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.