fbpx
Now Reading
Didakwa Masih Jejak Pengguna Walau Dalam Mod ‘Incognito’, Google Berdepan Saman $5 Bilion

Didakwa Masih Jejak Pengguna Walau Dalam Mod ‘Incognito’, Google Berdepan Saman $5 Bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tidak dinafikan, Chrome merupakan pelayar web paling ramai digunakan di seluruh dunia.

Selain interface-nya yang simple dan laju, Google Chrome juga menyediakan incognito mode, iaitu mod privasi demi menjaga sekuriti pengguna mereka.

Namun Jun tahun lalu Google telah disaman selepas terdapat dakwaan bahawa mereka kerana secara senyap-senyap telah menjejak aktiviti pengguna mereka meskipun dalam mod Incognito.

Menerusi tuntutan tersebut yang dilakukan oleh 3 plaintif, Google telah mengumpul data-data penggunanya menerusi Google Analytics, Google Ad Manager dan beberapa lagi aplikasi lain termasuk plug-in baik buat pengguna PC mahupun telefon pintar.

Google bagaimanapun kemudiannya telah memohon agar tuntutan mahkamah terhadap dakwaan itu digugurkan.

Ini kerana menurut mereka, mod tersebut dicipta bukan untuk menjadikan pengguna halimunan atau tidak boleh dijejak dan mereka sendiri ada memaklumkan yang aktiviti mereka mungkin dapat dilihat oleh laman web yang mereka layari.

Tambah Google, sebaliknya semua data yang digunakan sewaktu melayari laman-laman web tersebut tidak akan disimpan dan akan terus dibuang sebaik selesai.

Terbaru semalam mahkamah di California Amerika Syarikat menolak permohonan Google dan mereka masih menjejak aktiviti pengguna ketika melayari web walaupun di dalam mod inkognito. 

Susulan itu Google dan syarikat induknya, Alphabet bakal berdepan tuntutan yang berjumlah sekurang-kurangnya USD$5 bilion.

Menurut mahkamah, syarikat gergasi itu tidak memberitahu pengguna bahawa mereka terlibat dalam pengumpulan data semasa pengguna melayari laman web dalam mod tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.