fbpx
Now Reading
Jual iPhone Tanpa ‘Charger’, Apple Didenda Hampir RM8 Juta Di Brazil

Jual iPhone Tanpa ‘Charger’, Apple Didenda Hampir RM8 Juta Di Brazil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Peminat barangan digital pasti tahu yang Apple sejak pelancaran iPhone 12 tidak lagi menawarkan pengecas dalam kotak pembelian perantinya itu.

Menggunakan alasan untuk mengurangkan pencemaran elektronik keputusan tersebut bagaimanapun dianggap telah melanggar undang-undang pengguna antaranya di Perancis.

Terbaru, pihak berkuasa di Brazil  pula telah mengenakan denda R$ 10,546,442 (~RM7.9 juta) terhadap syarikat gergasi IT itu kerana tindakan mereka tidak menyertakan pengecas telah melanggar Kod Undang-Undang Pengguna di sana.

Selain kesalahan tersebut, Apple juga dikatakan tidak telus dalam mengiklankan peranti mereka dengan mendakwa peranti mereka adalah kalis air namun apabila berlaku kerosakan akibat terkena air, kos baik pulih percuma tidak termasuk dalam jaminan yang diberikan.

Menurut laporan Endgadget, agensi perlindungan pengguna São Paulo, Procon-SP berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Apple mengenai perlanggaran undang -undang tersebut namun syarikat IT membalas dengan mengatakan usaha berkenaan adala untuk mengurangkan pencemaran elektronik.

Selain itu mereka turut menjelaskan kebanyakan pelanggan sudahpun mempunyai charger tambahan.

Tambah Procon, Apple juga tidak memberikan respon selepas ditanuya adakah harga iPhone 12 dikurangkan selepas mengeluarkan pengecas, selain perbandingan harga iPhone dengan dan tanpa pengecas.

Appe bagaimanapun  difahamkan akan cuba membuat rayuan bagi mengelakkan dikenkan denda dan mungkin perlu ke mahkamah.

Sebagai rekod, Brazil merupakan salah satu pasaran terbesar bagi penjualan peranti. Samsung sebelum ini telah bertindak menyertakan pengecas sebagai hadiah percuma bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa disana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.