fbpx
Now Reading
Setelah 16 Tahun, Yahoo Answers Bakal Tutup Operasi

Setelah 16 Tahun, Yahoo Answers Bakal Tutup Operasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Yahoo Answers merupakan satu daripada platform Soal Jawab yang paling lama wujud dalam sejarah internet. Dan setelah 16 tahun operasi, akhirnya Yahoo mengumumkan untuk menutup platform soal jawab itu pada 4 Mei.

Pada tarikh tersebut, pengguna yang cuba untuk mengakses laman web Yahoo Answers akan terus dibawa ke halaman utama Yahoo dan kesemua ‘archive’ platform itu nampaknya tidak akan wujud lagi.

Foto: The Star

Syarikat naungan Verizon Media Group ini menekankan bahawa sebarang posting tidak akan dapat dilakukan sama ada untuk memberi soalan atau jawapan kepada pengguna lain mulai 20 April.

Namun begitu, pengguna mempunyai masa sehingga 30 Jun untuk membuat permintaan memuat turun data lama mereka, termasuk kesemua pertanyaan dan jawapan.

Ditutup kerana populariti merudum

Foto: Rolling Stone

Menurut The Verge, punca syarikat tersebut memutuskan untuk menutup platform ini adalah kerana penggunaannya semakin berkurang dan popularitinya turut merudum sejak beberapa tahun lepas.

Tambahnya, ia merupakan penyelesaian yang tepat untuk memastikan Yahoo mampu fokus dalam memberikan produk yang terbaik kepada pelanggan, selaras dengan janji mereka untuk menyediakan kandungan premium yang boleh dipercayai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.