
Disney Bakal Tamatkan Majoriti Saluran TV Mereka Di Asia Tenggara
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika anda ingat sekitar Disember tahun lalu, syarikat penyiaran Digital, Astro ada mengumumkan akan menghentikan penyiaran saluran Disney mereka pada awal tahun ini.
Seperti yang yang diumumkan tepat pada 1 Januari, kesemua saluran Disney iaitu Disney XD, Disney Junior dan Disney Channel itu tidak lagi dapat diakses dan digantikan dengan beberapa saluran lain.
Meskipun tiada sebarang info lanjut dari Disney, ramai yang mengaitkan penutupan tersebut sebagai tanda yang saluran Disney+ bakal dilancarkan di negara kita.

Terbaru, Channel News Asia melaporkan Disney bakal menutup 18 saluran TV mereka di Asia Tenggara dan Hongkong.
Saluran yang dimaksudkan adalah :
Saluran Disney : Disney Channel, Disney Junior
Saluran Fox : Fox, Fox Crime, Fox Life, FX, Fox Movies, Fox Action Movies, Fox Family Movies, Fox Sports, Fox Sports 2, Fox Sports 3
Saluran Star : Star Movies China, SCM Legend, Star Sports 1, Star Sports 2
Nat Geo : Nat Geo People
Lain- lain : Channel V
Difahamkan kesemua saluran ini bakal ditamatkan bermula 1 Oktober 2021. Disney bagaimanapun akan mengekalkan 4 lagi saluran TV mereka iaitu National Geographic Channel, Nat Geo Wild, Star Chinese Channel, and Star Chinese Movies.
Kenapa ia dianggap penting: Menurut Variety keputusan ini dilakukan oleh Disney bagi mengukuhkan pasaran mereka di Asia Tenggara & Hongkong selain satu usaha mereka untuk mempromosikan penyiaran streaming mereka iaitu Disney+.
Apa kata mereka : “Sebagai usaha global The Walt Disney Company untuk beralih ke model D2Cfirst sekaligus mengembangkan perkhidmatan streaming, syarikat akan menggabungkan Jaringan Media di Asia Tenggara dan Hong Kong. ” kata Disney dalam satu kenyataan dipetik dari Variety.
Kesannya ? : Meskipun ia hanya akan bermula pada 1 Oktober ini. Keputusan ini pasti akan memberikan impak kepada syarikat penyiaran digital di Malaysia iaitu Astro dan juga Unifi TV.
Ini kerana kesemua senarai di atas kecuali Disney Channel dan Disney Junior masih lagi disiarkan di kedua-dua syarikat tersebut khususnya saluran yang bernaung di bawah jenama Fox.
Foto header : CoolCaesar| Wikimedia