Google Meet Percuma Kini Terhad Untuk 1 Jam Penggunaan Mulai 28 Jun
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak tercetusnya pandemik Covid-19, perkhidmatan Google Meet adalah sangat berguna buat kebanyakan individu. Situasi ini berikutan sesi pembelajaran dan pekerjaan yang terpaksa dilakukan atas talian untuk mengelak perjumpaan orang ramai.
Google Meet perkenal pelan perkhidmatan berbayar
Walaubagaimanapun, baru-baru ini Google Meet telah menetapkan had masa meeting secara percuma selama 1 jam sahaja mulai 28 Jun ini. Sekiranya pelanggan memilih untuk melanjutkan meeting tersebut melebihi had masa yang dibenarkan, mereka perlu melanggan pelan perkhidmatan berbayar.
Sebelum ini, Google Meet pernah melanjutkan perkhidmatan ini secara percuma pada September 2020 dan 31 Mac 2021, namun buat kali ini masih tiada perkhabaran yang dikeluarkan mengenai penawaran yang sama.
Akaun pendidikan bawah MOE-DL tidak terlibat
Perkara ini sudah semestinya boleh menimbulkan kerisauan terutamanya buat golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan sendiri untuk membayar perkhidmatan itu setiap bulan.
Berikutan hal ini, Google Meet tampil menjelaskan bahawa semua akaun pendidikan di bawah program pembelajaran dalam talian, KPM DELIMa (MOE-DL) tidak terlibat dengan isu had penggunaan Google Meet secara percuma.
Difahamkan akaun MOE-DL adalah akaun Google Workspace berbayar dan bukannya akaun percuma.
Jadi, pengguna akaun di dalam program Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai akses sepenuhnya untuk penggunaan Google Meet.
Untuk lebih jelas, had tempoh penggunaan ini hanya melibatkan pengguna-pengguna pelan percuma sahaja.
Kredit Foto: Android Police