fbpx
Now Reading
Trick Mudah Elak iPhone ‘Overcharged’, Keluar Notifikasi Bila Bateri Dah Penuh

Trick Mudah Elak iPhone ‘Overcharged’, Keluar Notifikasi Bila Bateri Dah Penuh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti rata-rata antara anda pernah ada masalah telefon bimbit overcharged, lagi-lagi kalau dicas sepanjang malam.

Malah memang ramai yang tahu bateri telefon akan menjadi cepat rosak sekiranya disambungkan ke pengecas dalam jangka masa yang cukup lama. Namun begitu, hal ini kebiasaannya tidak dapat dielakkan.

Untuk mengatasi masalah ini, seorang pengguna di TikTok @abstrak_network telah berkongsi sebuah trick yang paling mudah dan sesuai untuk pengguna iPhone.

@abstrak_network

Phone korang akan bagi tau kalau battery dah full. Macam mana?##iphonetricks ##fypsounds ##gadget ##iphonetutorial ##ios15

♬ Horror, cinematic, ambient – Kirill Kharchenko

#1 Pergi ke ‘shortcut’

#2 Tekan pada ‘automation’ di bahagian bawah skrin

#3 Pilih ‘create personal automation’

#4 Scroll sehingga ke bawah dan tekan pada ‘battery level’

#5 Kemudian, laraskan ‘equals’ kepada 100%

#6 Tekan pada butang ‘add action’ dan cari fungsi ‘speak text’

#7 Pada kotak ‘speak text’, masukkan apa sahaja perkataan atau ayat yang disukai sebagai bunyi notifikasi sekiranya bateri telefon telah dicas sepenuhnya

#8 Tekan pada ‘show more’ dan laraskan ‘rate’ dan ‘pitch’ untuk bunyi notifikasi mengikut kesesuaian. Mainkan ‘playback’ jika perlu.

#9 Akhir sekali, pilih ‘next’, matikan pilihan ‘ask before running’ dan tekan pada ‘don’t ask’.

Gambar Hiasan: Cnet

Mudah je kan? Difahamkan trick ini boleh digunakan iPhone yang menggunakan iOS14 dan keatas sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh bantu mengelakkan masalah bateri overcharged lagi!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.