
Gagal Dapat Sambutan Ramai, Twitter Bakal Hentikan Fungsi ‘Fleets’ Bermula 3 Ogos Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas lapan bulan fungsi Fleets diperkenalkan, ianya akan meninggalkan para pengguna Twitter dan bakal dipadamkan tak lama lagi.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Twitter menerusi akaunnya sendiri sekitar jam 12 tengah malam tadi.
Menurut ciapan yang ditulis, fungsi perkongsian gambar, video, dan teks yang bertahan selama 24 jam ini boleh digunakan sehingga 3 Ogos sebelum ia dipadam sepenuhnya.
Hanya digunakan oleh pengguna aktif buat ciapan
Difahamkan, Fleets tidak mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna dan kebiasaannya hanya digunakan oleh pengguna yang aktif membuat ciapan.
We had big hopes for Fleets, but now it’s time to say goodbye and take flight with other ideas. Starting August 3, Fleets will no longer be available.
— Twitter Support (@TwitterSupport) July 14, 2021
More on what we learned and what's coming 👇 (1/4)
“Sebenarnya tujuan Fleets diperkenalkan adalah untuk membantu pengguna merasa lebih selesa menyertai perbualan dengan lebih santai, tetapi rupa-rupanya ia hanya digunakan oleh individu yang selalu berciap.
“Jadi sekarang kami telah mula mencari kaedah lain yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.”
Sentiasa mengenalpasti keperluan pengguna
Akui Naib Presiden Twitter, Ilya Brown, mereka sentiasa cuba untuk mengenalpasti keperluan pengguna Twitter untuk kekal berhubung dengan orang lain menerusi pelbagai fungsi yang lain.
What we don't build is just as important as what we build. We have to make decisions about what’s working and when to focus elsewhere.
— Ilya Brown (@ilyabr0wn) July 14, 2021
We’ll continue to experiment with ways to participate in conversations, listening to feedback so we can best serve you all. https://t.co/xRXN0QpzXa
“Apa yang tak pernah kami reka adalah sama penting dengan yang telah dihasilkan. Kami harus membuat keputusan mengenai apa yang berhasil dan bila perlu fokus kepada yang lain.
“Kami akan terus mencari fungsi yang terbaik supaya dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan mendengar pendapat dalam usaha untuk mencapai keinginan pengguna.”

Perkara ini sudah semestinya mengecewakan pengguna aktif Fleets. Namun begitu, fungsi seperti Space masih kekal dalam platform ini dan boleh digunakan seperti biasa untuk berkongsi ilmu dan bersembang dengan orang lain secara live.