fbpx
Now Reading
Projek Kabel Dasar Laut : Beberapa Negara Jiran Terlibat Tapi Malaysia Sekali Lagi Terlepas Peluang

Projek Kabel Dasar Laut : Beberapa Negara Jiran Terlibat Tapi Malaysia Sekali Lagi Terlepas Peluang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Google dan Facebook baru-baru ini mengumumkan akan membina satu sistem kabel dasar laut sepanjang 12000km yang menghubungkan Guam, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Diberi nama Apricot , projek tersebut difahamkan akan disiapkan pada tahun 2024.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Facebook, projek itu dilancarkan oleh firma Amerika Syarikat (AS) dan rakan kerjasama serantau serta global sebagai usaha memenuhi permintaan data yang meningkat di rantau Asia Pasifik selain menyokong sistem sedia ada.

“Ia akan membekalkan kapasiti tinggi internet yang sangat diperlukan dan mempertingkatkan keupayaan bagi memperluaskan capaian di rantau Asia Pasifik.

“Kabel Apricot adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluaskan infrastruktur rangkaian global dan mempertingkatkan lagi capaian lebih 3.5 bilion penduduk seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatan kami setiap bulan,” katanya.

Unjuran kabel Projek Apricot

Namun dilihat dari senarai nama tesebut, ia akan melibatkan beberapa nama negara jikan kita namun nama Malaysia sekali lagi tidak kelihatan.

Meskipun tiada penjelasan lanjut kriteria pemilihan kerjasama diantara negara, portal The Vibes melaporkan sumber dalaman berkata Malaysia terlepas peluang untuk tersenarai didalam projek ini disebabkan keputusan kerajaan memansuhkan pengecualian polisi kabotaj pada tahun lalu.

Tambah The Vives, polisi ini juga mungkin menyebabkan proses baik pulih kabel dasar laut yang rosak mengambil masa lebih lama sekaligus boleh menjejaskan kestabilan internet di Malaysia.

Malaysia Internet Exchange (MyIX) sekitar April lalu ada mengeluarkan padangan cadangan meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula pemansuhan pengecualian kabotaj tersebut terhadap kapal yang menyelenggara kabel dasar laut.

Jajaran projek Echo

Jelas MyIX pengumuman tersebut adalah satu kerugian besar buat negara kerana nama kita boleh tersenarai sebagai salah satu lokasi pendaratan kabel dasar laut, jika pengecualian cabotage masih ada.

Dengan rangkaian internet negara kita yang tidak dinafikan agak menyedihkan, ramai yang beranggapan terlepas peluang ini adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku memandangkan kita sudah terlepas dua lagi projek iaitu jaringan Echo dan Bifrost.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.