fbpx
Now Reading
Rasmi! Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Rasmi! Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lebih seminggu berteka-teki, Pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg pada khamis akhirnya mengesahkan mengenai penukaran nama syarikat induk Facebook sekaligus mengumumkan nama barunya iatu Meta.

Penjenamaan semula itu selepas 17 tahun kelahiran Facebook sekaligus akan mengubah fokus syarikat induk itu yang kini terarah kepada segmen dunia meta atau ‘Metaverse’ yang lebih besar dan sebagai pengganti kepada internet mudah alih.

Selain itu, teknopreneur itu turut menjelaskan penjenamaan ini juga sebagai usaha mencerminkan usaha mereka dalam pelaburan metaverse berbanding perkhidmatan media sosial yang terus digelar Facebook.

Perkara itu diumumkan Mark sewaktu persidangan tahunan syarikat, Connect, yang berlangsung semalam, 28 Oktober.

“Tiba masanya untuk kami mengguna pakai jenama syarikat baharu bagi mencerminkan siapa kami, ap yang kami lakukan dan apa yang kami harap dapat dibina.

“Saya dengan berbesar hati mengumumkan bermula hari ini, syarikat kami kini adalah Meta. Misi kami kekal sama. Ia masih mengenai menyatukan orang ramai.”

Zuckerberg dalam masa sama turut menjelaskan perubahan ini bagaimanapun tidak akan mengganggu perjalanan danama semua aplikasi di bawah Meta iaitu Facebook, Messenger, Instagram Oculus dan beberapa platform lain dimana ianya akan kekal beroperasi seperti biasa.

“Aplikasi kami dan jenama kami, ia tidak berubah dan kami masih syarikat yang mereka bentuk teknologi di sekeliling,” katanya.

Jelas Zuckerberg lagi, nama Facebook sangat berkait rapat dengan satu produk justeru ia tidak dapat mewakili semua aktiviti yang dilakukan mereka hari ini dan di masa depan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.