
[Kemaskini] Maxis Alami Gangguan Perkhidmatan, Pemulihan Sepenuhnya Dalam Masa Terdekat
Maxis menerusi satu kenyataan di Twitter memaklumkan peka dengan isu tersebut dan kerja baik pulih sedang dijalankan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
“Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana memahami dan atas kesabaran mereka.”
Maxis
Syarikat telekomunikasi Maxis Berhad (Maxis) mengesahkankan sedang berdepan isu teknikal apabila beberapa pengguna mendakwa mengalami gangguan perkhidmatan.
Menerusi Twitter, beberapa pengguna Maxis mendakwa telah berdepan gangguan perkhidmatan sejak dua jam yang lalu.
Maxis is DOWN.
— Daddy T 🏴🏴🏴 (@dirrtyterry) June 30, 2022
Lord help all those who have online meetings, all those who have unreasonable lovers who need to need immediate replies and all those stuck in traffic.
Good luck.
Perkara sama turut diluahkan para pengguna di ruangan komen laman Facebook rasmi Maxis di mana ada yang berdepan masalah berkenaan di Lembah Klang dan ada juga pengguna dari utara Malaysia.


Kerja baik pulih sedang dijalakan
Maxis menerusi satu kenyataan di Twitter memaklumkan peka dengan isu yang membabitkan para pengguna talian mudah alih mereka.
“Kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan kami secepat mungkin. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” kata Maxis dalam kenyataan tersebut.
We are aware that some of our customers may be facing service disruption on mobile lines. We are working to restore our service as soon as possible. We apologize for any inconvenience caused.
— Maxis (@MaxisListens) June 30, 2022
Mungkin mengambil masa paling lama 6 jam
Menerusi satu ciapan balas pula, Maxis memaklumkan kerja baik pulih mungkin memakan masa di antara empat ke enam jam.
C3857929 : Hi, We are aware on this matter. We do have technical glitches at the moment. The restoration is still ongoing and we estimate to be resolve is within 4-6 hours. sincere apologies for the inconvenience caused. TQ-Nuha
— Maxis (@MaxisListens) June 30, 2022