fbpx
Now Reading
Baru Belajar Adulting? Jangan Risau, Kita Ada ‘Aqil’ & Be U

Baru Belajar Adulting? Jangan Risau, Kita Ada ‘Aqil’ & Be U

Dengan adanya aplikasi Be U, proses untuk membuka akaun bank menjadi lebih pantas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila tamat sahaja sesi persekolahan, maka bermulalah perjalanan ‘adulting’ seseorang untuk berdepan realiti kehidupan sebenar. Tidak dinafikan, fasa ‘adulting’ atau menginjak dewasa boleh menjadi agak sukar pada permulaannya lebih-lebih lagi jika tiada sesiapa memberi tunjuk ajar.

Ada yang kata fasa ‘adulting’ ini kita kena belajar sendiri melalui pengalaman peribadi. Tetapi kalau bab kewangan, bukan semua orang mahir menguruskannya dengan baik.

Bila usia semakin menginjak dewasa, kita perlu ada matlamat kewangan untuk dicapai seperti mempunyai simpanan kewangan. Dari usia muda lah perlu mula menabung, betul tak? Percayalah nanti bila sudah berusia 30an, anda pasti akan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan sewaktu dalam fasa umur 20an.

Kredit: Maskulin

Kenapa kena ada akaun bank?

Apabila hendak memulakan fasa dewasa ini, antara perkara penting yang anda perlu ada adalah akaun bank.

Kalau anda nak kerja separuh masa sekali pun, perlu ada akaun bank bagi memudahkan urusan majikan membayar gaji. Malah, ada juga sesetengah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mewajibkan pelajar mereka untuk membuka akaun bank bagi tujuan pengkreditan elaun dan sebagainya.

Kredit: Envanto Elements

Kalau ada individu yang boleh ajar kita dari A to Z tentang kewangan mesti lagi best kan?

Perkenalkan Aqil, ‘BFF’ Yang Akan Ajar Anda Tentang Kewangan Dalam Fasa ‘Adulting’

Mari kami perkenalkan Aqil, ‘BFF’ baru anda yang bijaksana. Sesuai dengan namanya yang bermaksud bijak pandai, Aqil akan memberikan pelbagai tips kewangan dalam membantu anda melayari fasa ‘adulting’. 

Jadi apa yang istimewa tentang Aqil ini sampai semua orang perlu ada dia dalam fasa ‘adulting’ mereka? Nak tahu? Jom kita kenali Aqil.

  1. Aqil ini sebenarnya adalah maskot yang akan membantu anda mengenali setiap fungsi di dalam sebuah aplikasi digital bank yang paling mesra pengguna di Malaysia iaitu Be U By Bank Islam oleh Bank Islam.
  2. Gaya bahasa yang digunakan oleh Aqil pun agak santai. Jadi, senanglah bagi anak muda untuk memahami tentang segala maklumat yang ingin disampaikan.

Demi melindungi keselamatan data, Aqil juga mengeluarkan notifikasi ringkas sekiranya para pengguna melakukan tangkap layar (screenshot) maklumat ketika menggunakan aplikasi Be U.

Ini dilakukan bagi mengelakkan paparan nombor akaun atau jumlah wang yang anda miliki terdedah kepada pihak ketiga.

Seronok juga kalau dapat berkawan dengan Aqil ini kan? Jadi, di mana boleh jumpa Aqil ya?

Jom temui Aqil Dalam Aplikasi Be U by Bank Islam

“Eh aplikasi Be U ini baru ke? Macam tak pernah dengar pun.”

Yes! Be U (disebut sebagai Be You) adalah sebuah aplikasi yang baharu sahaja dilancarkan oleh Bank Islam dan menjadi Bank Digital Islamik Pertama Paling Mesra Pengguna di Malaysia

Dalam aplikasi Be U inilah anda akan bertemu dengan maskot rasmi bernama Aqil yang akan menjadi ‘BFF’ sepanjang menggunakan aplikasi terbaharu ini. Be U ada banyak visual menarik serta ‘User Interface’ (UI) dan ‘User Experience’ (UX) yang ‘kena’ dengan jiwa anak muda yang gemarkan grafik kreatif.

Jadi, apa yang best tentang aplikasi Be U ini?

Bank Digital Tanpa Cawangan (Digital Branchless Bank)

Bagaimana cara Digital Branchless Bank itu berfungsi? Kalau anda nak tahu, aplikasi Be U ini sangat mesra pengguna kerana anda boleh membuka akaun baharu di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu kerana kini semuanya berada di hujung jari dengan menggunakan telefon bimbit.

Ketika bersantai di rumah sambil layan K-drama pun dah boleh buka akaun bank. Sekejap sahaja. Yang penting kena ada MyKad bersama anda bagi tujuan pengesahan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Akaun Simpanan-i Qard Be U ini sama ke dengan akaun simpanan yang dibuka di cawangan Bank Islam? Jawapannya TIDAK. Kedua-duanya adalah akaun yang berbeza.

Akaun Simpanan-i Qard Be U tidak boleh diakses menerusi aplikasi GO Bank Islam dan anda juga tidak boleh mengakses akaun simpanan Bank Islam melalui aplikasi Be U.

Untuk membuka Akaun Simpanan-i Qard Be U, anda boleh menggunakan mana-mana akaun bank yang didaftarkan sebagai pra-syarat untuk proses pembukaan akaun.

Selain dari perkhidmatan kewangan, Bank Islam berusaha untuk membina sebuah bank digital yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, serta melengkapkan gaya hidup melalui digitalisasi.

Aplikasi Be U ini juga dibina oleh Bank Islam bagi memberi 100% pengalaman perbankan Islam serba baharu menerusi Pusat Pengalaman Digital.

Baki ‘RM 0’ Tetapi Akaun Simpanan Masih Aktif

Dengan Akaun Simpanan-i Qard Be U, tiada jumlah minimum diperlukan untuk memastikan akaun kekal aktif sehingga setahun.

Lakukan Transaksi Kewangan Dengan Be U Pocket

Di zaman teknologi ini dompet pun boleh wujud dalam bentuk digital. Dalam aplikasi Be U, anda akan disediakan dengan Be U Pocket dan proses transaksi wang kepada ahli keluarga serta rakan-rakan menjadi lebih mudah. Yang penting Be U Pocket anda haruslah ber‘isi’ dulu. 

Simpan Duit Dalam ‘Nest’ 

‘Nest’ boleh diiibaratkan sebagai tabung simpanan kita. Dengan menggunakan Be U, anda kini boleh mencapai impian seperti membeli telefon baharu, melancong, dan melangsungkan perkahwinan impian ala-ala ‘Wedding of The Year’ dengan membuka pelbagai jenis tabung simpanan dalam satu akaun simpanan bank yang sama.

Tak perlu lagi buka pelbagai jenis akaun bank untuk mencapai matlamat kewangan yang berbeza.

Be U Akan Tawar Lebih Banyak Perkhidmatan Lain

Aplikasi Be U ini juga dibina untuk membantu generasi muda dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun mencari peluang pekerjaan melalui ekonomi gig, platform berbilang vendor serta kemahiran bagi memperbaiki kehidupan pengguna.

Pada masa akan datang, Be U akan menawarkan lebih banyak servis perkhidmatan bagi memudahkan urusan ‘generasi Z’ dalam menguruskan kewangan peribadi. Antara ciri-ciri yang bakal disediakan adalah:

  • Pembayaran DuitNowQR dan JomPay
  • Proses pemindahan wang ke Akaun Simpanan-i Qard Be U atau kepada ahli keluarga dan rakan-rakan dengan hanya menggunakan nombor telefon atau nombor MyKad
  • Takaful Mikro
  • Pembiayaan Mikro
  • Kad Debit-i

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka Akaun Simpanan-i Qard Be U (dibaca dari arah kiri ke kanan):

  1. Klik tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat serta jawab soalan ringkas yang diajukan oleh ‘Aqil’ tentang kod keselamatan.
  1. Sediakan MyKad untuk tujuan pengesahan.
  1. Isi maklumat tentang latar belakang peribadi berkaitan diri anda dan jenis pekerjaan.
  1. Masukkan sejumlah wang minimum RM20 untuk mengaktifkan Akaun Simpanan-i Qard Be U anda.

Hanya bermodalkan minimum RM20 sebagai tujuan deposit dan pengesahan, anda boleh membuka Akaun Simpanan-i Qard Be U dengan memuat turun aplikasi Bank Islam Be U secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Kalau anda ingin tahu maklumat lanjut tentang Be U, boleh klik DI SINI.

Jangan lupa juga untuk follow laman Facebook dan Instagram mereka untuk mengetahui maklumat terkini tentang aplikasi Be U oleh Bank Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.