fbpx
Now Reading
Fungsi Pengesahan ‘I’m Not A Robot’ Didakwa Mampu Mengumpul Data Pengguna [Video]

Fungsi Pengesahan ‘I’m Not A Robot’ Didakwa Mampu Mengumpul Data Pengguna [Video]

Berdasarkan video tersebut, pengesahan ‘I’m not a robot’ didakwa mampu mengetahui tindakan pengguna sewaktu melayari laman web.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemajuan teknologi hari ini menyebabkan banyak urusan harian boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara online.

Baik dari mendapatkan maklumat, berhubung, membeli belah, bekerja malahan pembelajaran juga boleh dilakukan hanya dengan melayari laman web

Memandangkan ia sudah menjadi suatu perkara biasa, pasti ramai dari kita tahu kewujudan atau pernah menggunakan pengesahan ‘I’m not a robot’ sebelum dapat masuk ke dalam sesebuah laman web yang dinginkan.

‘I’m not a robot’ memastikan hanya manusia dibenarkan akses sesuatu laman web

Menurut Google, fungsi tersebut adalah salah satu ciri keselamatan dalam memastikan hanya manusia sahaja yang dapat memasuki sesuatu laman web, manakala bot yang ingin menyamar sebagai manusia tidak akan dapat mengaksesnya.

Fungsi ini turut dibantu oleh sistem CAPTCHA dan reCAPTCHA yang membantu pengguna untuk memilih gambar mengikut arahan diberikan atau menulis semula huruf dan perkataan yang dipaparkan.

Dakwa pengesahan ‘I’m not a robot’ mengumpul data pengguna

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki mendakwa bahawa dengan menekan ‘I’m not a robot’ tanpa kita sedar segala data pengguna akan dikumpul.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @fitzyandwippa, fungsi tersebut didakwa mampu mengetahui pergerakan pengguna sewaktu melayari laman web.

Dapat mengesan tingkah laku pengguna sepanjang melayari internet

Difahamkan juga, fungsi pengesahan ‘I’m not a robot’ ini dapat mengesan tingkah laku pengguna sepanjang melayari internet dan secara tidak langsung memberi akses untuk menyemak sejarah data pengguna yang tersimpan di dalam history.

Semua ini menurutnya dilakukan untuk menyemak sama ada pengguna itu benar-benar seorang manusia menerusi kelakuannya atau sebaliknya.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan yang dilakukan, tiada pengesahan atau bukti kukuh dapat dilaporkan mengenai perkongsian video tersebut yang mendakwa fungsi ‘I’m not a robot’ mampu mengumpul data pengguna.

Sebaliknya, fungsi ini hanya bertujuan untuk menyekat bot daripada memasuki sesuatu laman web yang hanya dibenar diakses oleh manusia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.