fbpx
Now Reading
Ini 4 Barang Komputer Acer Yang Korang Boleh Flex Masa Raya

Ini 4 Barang Komputer Acer Yang Korang Boleh Flex Masa Raya

Promosi Raya With Acer menawarkan pelbagai produk komputer yang menarik pada harga yang berpatutan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti biasa, di saat Syawal menjelang tiba, majoriti akan mulai sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri dengan membeli perhiasan rumah, perkakas dapur, langsir baharu, perabot baharu, lampu ‘lip lap’ berwarna-warni, dan sebagainya. Malah, ada juga yang ‘setup’ sudut yang cantik untuk para tetamu #OOTD di Hari Raya! Memang terbaiklah!

Tapi korang mesti jarang mendengar orang menghias meja komputer (PC) untuk kegunaan kerja di rumah mahupun sebagai tempat bermain online game ketika ingin menyambut hari raya, kan? PC tu nampak terbiar je!

Ini kerana menghias meja PC bukanlah mudah, pemilihan pelbagai barangan komputer seperti desktop, monitor, mouse dan keyboard juga harus dititikberatkan mengikut spesifikasi dan cita rasa yang diinginkan. Sudah pasti korang dapat duit Raya kan? Jom kami cerita sedikit apa yang anda boleh buat untuk meja komputer tu bagi ‘on-point’ sikit!

Jom Raya With Acer!

Terima kasih pada teknologi, kini anda sudah tidak perlu khuatir lagi kerana jenama komputer terkenal, Acer telah menyediakan kesemua barangan itu di dalam satu website untuk memudahkan pencarian anda.

Tidak hanya itu, Acer yang membawa kempen ‘Jom Raya With Acer’ juga menawarkan pelbagai promosi menarik untuk anda semua dengan ganjaran tebusan ‘cashback’ daripada Touch’n Go eWallet bernilai sehingga RM200!

Masih pening macam mana nak hias meja PC? Jom kami bantu sumbang idea untuk barang yang boleh anda beli mengikut keperluan dan bajet!

Setup PC Untuk Kaki Gaming

Pasti ada yang menyimpan hasrat untuk memiliki PC gaming sendiri kan? Makin teracun apabila melihat gambar-gambar bilik atau meja gaming yang ada di media sosial.

Namun, selain reka bentuk dan rupa, pelbagai faktor perlu diambil kira seperti keupayaan barangan itu untuk berfungsi dengan jayanya.

Sebagai contoh, PC gaming memerlukan processor yang berspesifikasi tinggi untuk mendapatkan pengalaman padu ketika bermain game.

Bagi memudahkan kerja, berikut adalah senarai barangan yang korang perlukan untuk setup PC sempena raya nanti:

#1 Predator Helios Neo 16 (PHN16-71-54A6). Percuma Predator Cestus 335 bernilai RM 299 + RM120 penebusan ewallet.

Predator Helios Neo 16 ini merupakan laptop dengan performance yang padu dalam siri terbaharu Helios dan dijual pada harga yang lebih berpatutan. Ia dilengkapi dengan pemprosesan 13th Gen Intel Core HX dan NVIDIA GeForce RTX 4050.

Lebih menarik lagi, peranti ini juga menyediakan pengalaman permainan video yang sangat bagus dengan menyediakan masa pemuatan yang pantas (lightning-fast load times) melalui RAM DDR5 8GB dan PCle NVMe SSD 512GB.

Selain itu, Predator Helios Neo 16 ini menawarkan visual yang sangat jelas dan mantap melalui paparan 16 inch 165Hz dengan panel IPS WUXGA, nisbah aspek 16:10 dan 100% sRGB dengan NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC.

Confirm masa main nanti smooth je, sesuai sangat buat korang yang suka push rank.

Harga asal Predator Helios Neo 16 ini adalah RM5198, namun kini boleh didapatkan pada harga RM4899 sahaja sempena promosi raya Acer ketika waktu promosi 25 hingga 27 Mei 2023 ini.

Dengan setiap pembelian Predator Helios Neo 16 ini juga, korang akan dapat free tetikus Predator Cestus 335 tau. Memang berbaloi!

Predator Cestus 335 ini mempunyai ciri-ciri yang mantap seperti kadar ‘polling’ 2,000Hz (400IPS, 0.5ms, pemecutan 50g).

Tidak hanya itu, terdapat 5 tahap perubahan DPI kadar gulungan sehingga 19,000, sensor optik PixArt 3370, roda dan butang skrol hibrid,16.8 juta warna RGB, 10 butang yang boleh diprogramkan dan 5 tetapan profil yang boleh disesuaikan.

Kalau korang guna mouse ini, setiap pergerakan yang dilakukan dalam permainan confirm tepat dan selari.

#2 Acer Nitro Keyboard dan Mouse

Papan kekunci ini mempunyai suis Cherry MX Blue dan penutup ABS yang tahan lama. Ia mempunyai 50 juta jangka hayat penggerak dan kadar laporan 1ms/1000Hz yang pantas.

Ia juga didatangkan dengan lampu latar ‘Teal Blue’ dengan 9 kesan pencahayaan. Selain itu, keyboard ini turut hadir dengan indikasi LED iaitu Win kby lock, Num Lock dan Caps Lock LED, 100% anti-ghosting dan kekunci multimedia.

Secara ringkasnya, keyboard ini merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai ciri dan keupayaan mengagumkan buat kaki gaming yang mementingkan ketetapan, ketahanan dan gaya dengan hiasan lampu RGB.

Harga asal kedua-dua kombinasi ini adalah RM328, namun kini hanya dijual pada harga RM199 sahaja sempena promosi raya Acer ketika waktu promosi iaitu 11 hingga 13 Mei 2023 dan juga 25 hingga 27 Mei 2023 ini.

#3 Acer Aopen Monitor – 16PG7QTP

Acer Aopen Monitor – 16PG7QTP ini didatangkan dengan spesifikasi monitor yang sangat menarik sekaligus dapat meningkatkan kualiti tampilan visual.

Monitor ini memiliki ukuran layar 15.6 inci yang membolehkan korang menikmati tampilan yang luas dan jelas terutamanya ketika bermain game.

Selain itu, monitor ini juga dilengkapi dengan Refresh Rate sebesar 144Hz dan Response Time 8ms GTG. So korang yang nak main game confirm tak akan ada isu lag dan sebagainya.

Monitor ini turut mempunyai berbagai jenis port input seperti 2 Type-C, mini HDMI dan Micro-USB. Ia juga dilengkapi dengan Vesa Mount yang memudahkan korang untuk pasang monitor ini pada dinding atau meja.

Monitor ini menggunakan teknologi panel IPS dan Freesync yang meningkatkan pengalaman visual korang dengan tampilan warna yang lebih cerah dan tepat. Ia juga mempunyai teknologi BlueLightShieldTM dan Flickerless Technology yang dapat membantu mengurangi kelelahan mata jika menggunakan monitor dalam jangka masa yang lama.

Soal ‘warranty’ korang tak perlu risau, kerana Acer memberi waranti selama 3 tahun Carry-in tau. Memang berbaloi habis!

Harga asal Acer Aopen Monitor – 16PG7QTP ini adalah RM1499, namun kini hanya dijual pada harga RM999 sahaja sempena promosi raya Acer ketika waktu promosi iaitu 11 hingga 13 Mei 2023 dan juga 25 hingga 27 Mei 2023 ini.

#4 Predator Gaming Chair

Predator Gaming Chair ini merupakan kerusi gaming yang selesa dan juga tahan lama untuk jangka masa pemakaian yang panjang. Bagi saiz kerusi pula, dimensi kotak ialah 88x65x38cm dan berat 28kg untuk memberi keselesaan ketika duduk.

Secara keseluruhan, kerusi high rise dengan tempat letak tangan ini amat berbaloi untuk dibeli dan dipadankan dengan set PC gaming yang kami kongsikan di atas. Kalau tetamu datang masa raya nanti, selain terpukau tengok lampu RGB serba warna warni, mereka turut ingin merasa duduk di kerusi ini.

Harga asal bagi kerusi gaming ini adalah RM1,299 namun kini hanya dijual pada harga RM599 sempena promosi raya Acer ketika waktu promosi iaitu 11 hingga 13 Mei 2023 dan juga 25 hingga 27 Mei 2023 ini!

Jadikan Lebaran Ini Penuh Makna Dengan Produk Dari Acer!

Kami yakin sekiranya rumah anda dilengkapi dengan semua barang komputer ini, tetamu mungkin tidak lagi terliur memandang rendang dan ketupat di dapur, sebaliknya melihat tak berkelip pada meja PC anda.

Ganjaran penebusan secara online juga boleh ditebus bermula 1 April hingga 31 Mei 2023. Sepanjang promosi ini juga, pelanggan berpeluang menerima ‘cashback’ bernilai sehingga RM200 di Touch’n Go eWallet, tertakluk pada terma dan syarat.

Pembelian bernilai RM999 – RM1,999eWallet berjumlah RM20
Pembelian bernilai RM2,000 – RM3,998eWallet berjumlah RM80
Pembelian bernilai RM3,999 – RM5,999eWallet berjumlah RM120
Pembelian bernilai RM6,000 ke ataseWallet berjumlah RM200

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran tebusan,sila tekan link di sini.

Terdapat pelbagai produk menarik termasuk komputer, laptop, aksesori yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Acer di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.