Kenaikan Harga Netflix: Ini Info Penting Untuk Pelanggan Astro
Pelanggan Astro yang mempunyai Netflix dalam pakej langganan mereka tidak akan mengalami kenaikan sehingga 1 Mac 2025.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya ramai juga pelanggan Netflix tak senang duduk hari ini.
Mana tidaknya, Netflix mengumumkan bahawa perkhidmatan penstriman itu akan menaikkan harga langganan untuk pelanggan di Malaysia (EFFECTIVE IMMEDIATELY!).
Untuk info, kenaikan harga itu meliputi pelan Asas, Standard, Premium, dan Mudah Alih Netflix.
Kiranya, jika sebelum ini pelan anda berharga RM28 sebulan, kini ia akan naik kepada RM29.90 sebulan. Manakala pelan Standard yang dahulunya RM45 sebulan kini menjadi RM49.90, dan harga pelan Premium pula dinaikkan daripada RM55 kepada RM62.90.
Namun, pelanggan yang berkongsi pelan Standard ataupun Premium dengan individu lain yang tidak tinggal serumah pula akan kekal dengan pembayaran RM13 sebulan untuk setiap individu lain yang berkongsi.
Yuran tambahan ini akan dikenakan kepada pemegang akaun utama Netflix.
Perubahan Harga Netflix: Pemberitahuan Penting untuk Pelanggan Astro
Walaupun perubahan harga ini akan dilaksanakan, pelanggan Astro yang mempunyai Netflix dalam pakej langganan mereka tidak akan melihat perubahan harga ini berkuat kuasa sehingga 1 Mac 2025.
Sehingga itu, harga langganan semasa untuk pakej ini akan kekal.
Untuk pelanggan Astro yang lain pula, ini perkara penting yang perlu anda ketahui:
- Langganan Add-on Netflix Baru: Harga baru akan dikenakan serta-merta untuk semua langganan add-on Netflix yang baru bermula 14 November 2024.
- Pelanggan Add-on Netflix Sedia Ada: Bagi pelanggan yang sudah melanggan Netflix melalui Astro sebelum 14 November 2024, perubahan harga akan berkuat kuasa dari kitaran bil mereka yang bermula pada atau selepas 21 November 2024.
Pelanggan yang terkesan akan menerima pemberitahuan melalui e-mel sebelum harga baru mula dikenakan untuk memastikan mereka diberi makluman sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)