fbpx

Alamak! Ada Selulit Kat Perut?? Ini 7 Tips Nak Hilangkan Selulit Kat Perut Korang!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nak hilangkan selulit bukan mudah ya. Selulit kebiasaannya banyak terdapat pada individu yang berbadan besar dan kajian mengatakan 85% wanita mengalami masalah selulit ini. Jadi, cara untuk hilangkan selulit ni ada banyak. Kami ada 7 cara mudah dan berkesan yang boleh korang ikut :

1)Berus kulit kering

Cara ini mudah sahaja. Korang guna berus badan yang tidak terlalu kasar. Jangan basahkan abdan dengan air dan berus pada bahagian yang bermasalah. Cara nak berus, korang pastikan  buat pergerakan memanjang  pada satu arah dan jangan buat pergerakan yang berulang alik. Nak berus dengan cara pergerakan bulatan pun boleh tau !

Sekiranya selulit dikulit, korang lakukan pergerakan bulat yang mengikut lawan arah jam.. Lakukan cara ini sekali sehari sebelum mandi yaa. Lakukan pada bahagian kulit berselulit.

2)Skrub kopi

Korang buat je skrub kopi ni dan sapu pada bahagian kulit selulit. Cara-caranya mudah sahaja, Korang campur ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula dan 3 sudu minyak zitun atau boleh juga guna minyak kelapa. Campur dan gaul hingga ia menjadi pes.

Kemudian, ambil dan lumur pada kulit yang berselulit.kemudian, korang balut dengan plastic jernih

3) Sumber makanan omega-3

tingkatkan sumber makanan yang tinggi omega-3. Sebagai contoh makanan yang kaya dengan omega-3 adalah kacang walnut, kacang pecan, chia seed, ikan salmon. Kesemua sumber makanan ini boleh melawan badan korang dari terima selulit.

4) Minyak Aromaterapi

Minyak zaitun, minyak kelapa dara, atau krim pelembab organic boleh diamalkan oleh korang selain daripada omega-3.

5)Cuka epal

Ambil epal cuka dan sampukan bersama air dengan nisbah 1:2 atau 1:1 kemudian sapu bahan ini di kulit berselulit. Balut kaki atau tangan korang dengan plastic wrap dengan meletakkan tuala suam di atas kaki selama 1 jam. Kemudian, buka dan bilas kaki dengan air bersih. Klau rajain, lakukan setiap hari  sekali sehari hingga selulit hilang.

Kalau korang nak amalkan dengan cara minum, campur air suam bersama2 sudu cuka epal. Kemudian, 1 sudu madu. Minum dan lihat hasilnya, berat badan akan berkurangan !

6) Minum banyak air!

Ya, apa yang paling penting, korang kena minum banyak air. Amalkan 8 gelas satu hari, makan sayur dan buah yang mengandungi ait yang banyak seperti buah tembikai, lobak putih dan sebagainya.

7) Bergerak aktif

Aktifkan diri dan amalkan gaya hidup yang sihat. Pastikan badan berpeluh okay. Senaman dapat menyihatkan tubuh badan di samping menghalang pertumbuhan selulit di badan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.