Now Reading
Tauke Bantu Lelaki ‘Kurang’ Kuat

Tauke Bantu Lelaki ‘Kurang’ Kuat

Baru saja melangsungkan perkahwinan kali keempat, Zamratul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke, 40 tahun, berkata dia bakal melancarkan produk ubat kuat khas untuk kaum lelaki tak lama lagi.

mediahiburan.my

Menurutnya, dia tidak segan silu mempromosikan produk terbaru keluarannya nanti dan telah mengusahakannya sejak pertengahan tahun lepas bersama rakannya.

“Ini adalah masalah lelaki yang malu untuk bertanya, jadi saya fikir ingin membantu kaum Adam sahaja,” katanya.

Tambahnya, dia menerima banyak respon daripada kaum lelaki yang mempunyai masalah tersebut.

iluminasi.com

“Perkara ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga dan saya suka nak membantu mana-mana yang mempunyai masalah tersebut,” jelasnya yang mahu membantu mereka yang bermasalah.

Terdahulu, Tauke baru saja melangsungkan perkahwinan bersama Nadia Mohd Affendi di De’Laman, Shah Alam, Ahad lalu.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.