fbpx
Now Reading
Nak Elak Kontroversi, Zizan Pesan Jangan Cari Pasal

Nak Elak Kontroversi, Zizan Pesan Jangan Cari Pasal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 33 tahun, berkata dia telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang 10 tahun bergelar anak seni.

bharian.com.my

Menurutnya, dia tak mempunyai apa-apa strategi untuk sentiasa disenangi peminat, tetapi dia sentiasa menjaga reputasi dan disiplin agar tidak terpalit kontroversi.

“Pada saya mudah sahaja untuk nama tidak dikaitkan dengan kontroversi iaitu jangan cari pasal. Sebagai contoh kata tidak bercinta tetapi keluar bersama atau memuat naik gambar bersama di Instagram,” jelasnya.

ohbulan.com

Selain itu, dia sentiasa mengingatkan dirinya agar sentiasa merendah diri dan tidak bermegah dengan kejayaan yang dikecapinya.

Di samping itu, Zizan juga berazam untuk meningkatkan kualiti lakonan dan mahu mencabar diri dalam perkara yang belum pernah dilakukannya.

mediahiburan.my

“Saya tidak sasar untuk menang anugerah tetapi lebih kepada jaga kualiti kerja dan bekerja keras lagi kerana harapan peminat sangat tinggi,” ujarnya.

Semoga Zizan semakin berjaya pada tahun depan dan tahun yang akan datang berkat hasil usahanya sendiri. Bukan mudah untuk mengekalkan populariti di samping meningkatkan kualiti kerja.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.