fbpx
Now Reading
Ini Jawapan ‘Win’ Dr Amalina Mengenai Jumlah Hantaran Dirinya

Ini Jawapan ‘Win’ Dr Amalina Mengenai Jumlah Hantaran Dirinya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelajar cemerlang Malaysia yang sudah berjaya menjadi seorang pakar bedah di United Kingdom, Doktor Nur Amalina Che Bakri, ‘diserang’ di laman Twitter mengenai nilai wang hantaran.

Segalanya bermula dengan persoalan seorang individu yang ingin tahu berapa jumlah duit hantaran doktor bedah cantik itu lalu bertanya kepadanya.

Jawapan yang diberi Amalina amat bernas kerana dia berkata jumlah duit hantaran tidak penting kerana apa yang penting, hubungan yang dibina akan kekal berpanjangan.

Kemudian, seorang lelaki mencelah dan memintanya berkahwin segera dengan wang hantaran sebanyak RM50 untuk membuktikan kata-katanya sendiri.

Namun, Amalina meminta lelaki itu bertenang dan memberitahu dia akan berkahwin setelah bersedia. Kedua-dua pihak harus menyumbang dari segi perbelanjaan dan bukannya dari pihak lelaki semata-mata.

Ramai yang menyokong kenyataan Amalina yang dianggap bernas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Semakin ramai pasangan yang mahu berkahwin berkongsi perbelanjaan demi tidak mahu membebankan sebelah pihak dan mengikut kemampuan mereka pada zaman sekarang.

Sumber: Twitter Dr Amalina

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.