fbpx
Now Reading
Dr Amalina Bakri Kongsi 4 Tips Lancar Bebahasa Inggeris

Dr Amalina Bakri Kongsi 4 Tips Lancar Bebahasa Inggeris

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dr. Amalina Bakri yang dahulunya pernah buat rakyat Malaysia bangga dengan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007 kini menjadi idola kepada setiap wanita bekerjaya. Malah, beliau yang kini bergelar doktor pakar bedah di luar negara menjadi kebanggan rakyat Malaysia.

Jika anda ikuti Dr. Amalina di Twitter, dia gemar berkongsi pelbagai jenis petua, malah dia juga rajin membalas Tweet dari pengikutnya. Terbaru, Dr. Amalina sempat berkongsi petua untuk lancar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan kini mendapat 4 ribu perkongsian di Twitter.

Memandangkan ramai meminta Amalina berkongsi beberapa tips untuk lancar bercakap dalam bahasa Inggeris, dia tidak keberatan untuk membantu masyarakat kita berkomunikasi dalam bahasa English. Ini beberapa tips yang mungkin anda boleh praktikkan.

  1. Berlatih untuk mahir.

2. Berhubung dengan rakan-rakan di luar negara melalui Internet.

3.Tonton drama TV dan filem Inggeris.

4. Biasakan diri dengan kawan-kawan yang mahir berbahasa Inggeris.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.