fbpx
Now Reading
2 Resipi Kentang Bakar Rangup Dan Ringkas

2 Resipi Kentang Bakar Rangup Dan Ringkas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kentang panggang adalah hidangan sampingan yang sesuai untuk dihidangkan dengan pelbagai juadah. Resipi ini menggunakan teknik yang unik, serta membantu untuk mendapatkan kentang panggang yang sungguh empuk di dalam, rangup di luar, dan menggunakan keju cheddar yang membuatkannya sangat lazat.

Kentang panggang boleh menghidangkannya bersama ayam panggang, ikan bakar, atau boleh dimakan bersama burger dan sebagainya. Berikut adalah resipi yang boleh anda cuba:

Kentang Bakar Herba

Gambar: Resipi

Bahan-bahan:

– 4 biji Kentang Russet
– 1 sudu Kecil Bawang Putih
– 3 sudu Besar Minyak Zaitun
– 1 sudu Kecil Paprika
– 1 sudu Kecil Herba Thyme
– 1 sudu Kecil Herba Parsley
– 1 sudu Kecil Garam
– 1 sudu Kecil Lada Hitam

Cara: 

  1. Dalam mangkuk, gaul kentang bersama bawang putih, minyak zaitun, paprika, daun thyme, garam dan lada hitam.
  2. Letakkan campuran di atas baking pan yang telah dilapitkan dengan aluminium foil.
  3. Bakar pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga masak.
  4. Kentang bakar herba siap untuk dihidang bersama taburan daun English Parsley.

Hassleback Potatoes

Gambar: Foodnetwork

Bahan-Bahan:
– 4 biji kentang russet
– 4 sudu besar minyak zaitun
– 1 sudu kecil herba thyme
– 1 sudu kecil herba parsley
– 1/2 cawan keju cheddar

Cara: 

  1. Dalam mangkuk, masukkan minyak zaitun, daun parsley, daun thyme, garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.
  2. Potong kentang mengikut rujukan video.
  3. Sumbat cheddar cheese diantara kepingan kentang, dan sapuran campuran minyak zaitun herba.
  4. Bakar pada suhu 230C selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Kentang hasselback siap untuk dinikmati bersama taburan daun parsley.

Siap untuk dimakan!

 Sumber: SAYS

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.