fbpx
Now Reading
Resipi Apam Milo Viral

Resipi Apam Milo Viral

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat Milo pasti akan suka resipi ini! Bukan saja mempunyai rasa yang sedap, cara untuk membuatnya juga adalah mudah. Yang penting, ia boleh dibuat dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Resepi yang dikongsikan oleh Fatihatul Hakimah ini memang mudah untuk disediakan. Kukus selama 20 minit dah siap. Menariknya, percubaan kali pertama wanita ini sememangnya menjadi.

Bahan-bahan

  • 6 biji Telur
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 cawan Gula pasir (kurangkan kalau tak suka manis)
  • 1/2 cawan Milo

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang. Guna blender pun boleh.

2. Masukkan tepung gandum, kacau lagi sampai sebati.

3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas,satu bekas biar kosong atau boleh letak pewarna lain, dan satu bekas lagi letak milo dan kacau hingga sebati.

4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, loret guna lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga.

5. Kukus 20 minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu) dan siap untuk dimakan!

Selamat mencuba!

Sumber: Vitdaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.