fbpx
Now Reading
Resipi Roti Sardin Mudah & Sedap!

Resipi Roti Sardin Mudah & Sedap!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kadang-kadang tak tahu nak cuba menu apa lagi untuk habiskan roti yang ada dirumah memandangkan tarikh luputnya hampir tiba. Apa kata anda cuba resepi roti sardin paling sedap sehingga membuatkan anda ketagih yang dikongsikan oleh Farhana Ismail ini.

Bahan-bahan:

– Sardin
– Cili padi
– Bawang merah
– Serbuk lada hitam
– Telur
– Susu full cream (*optional)
– Roti buku

Cara membuatnya:

1. Buat Inti Sardin

– Mula-mula sekali, kita buat inti sardin.

– Tumis bawang merah hingga naik bau. Masukkan cili padi dan sardin dalam kuali. Sambil kacau, sambil hancurkan ikan dalam kuali.

– Masak hingga sedikit kering dan tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam. Dah siap cukup rasa semua boleh ketepikan dulu.

2. Lenyek roti

– Sementara tunggu inti sardin tadi sejuk sikit, ambil roti beberapa keping.

– Lenyek roti supaya leper. Tujuan kita lenyek ni supaya roti jadi padat, tak mudah terlerai dan tak serap minyak. Jangan risau kalau tak ada alat untuk lenyek tu. Saya lenyek guna cawan je.

3. Masukkan inti

– Masukkan inti sardin yang kita dah masak tadi kedalam roti.

– Lepas tu, kelim roti tu di tepinya supaya intinya tak terkeluar. Saya kelimkan guna garpu je macam dalam gambar di bawah ni.

4. Celup telur & goreng

– Pecahkan telur dan tambah susu full cream untuk rasa yang lebih lemak dan sedap.

– Celup roti tadi ke dalam telur dan goreng dengan sedikit minyak. Tunggu hingga kekuningan dan terbalikkan hingga masak kedua-dua belah.

Siap!

Sumber: Vitdaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.