fbpx
Now Reading
Ini Sebab Kenapa Kita Selalu Jumpa Lipan dalam Rumah

Ini Sebab Kenapa Kita Selalu Jumpa Lipan dalam Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang kalau sebut ada lipan dalam rumah mesti cuakkan? Lagi-lagi lipan bara. Tengok pun dah meremang bro! Tak kIsahlah samaada kecik atau besar, Kalau nampak je mesti tak fikir panjang  terus bunuh kan? 

Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang diakui sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia .Tapi di ingatkan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas yang disengat lipan, segeralah bertemu doktor.  

Dengan berbekalkan ‘Forcipules’ ; dua kaki depan yang bentuknya seakan penyepit, lipan akan menyuntik bisanya ke badan mangsa sekiranya rasa terancam. Tapi kalau admin lah. Kalau tahu ada lipan dalam rumah ,admin rasa admin lagi terancam!

Berbalik pada topik kita , kenapa boleh ada lipan dalam rumah?

Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah  anai-anai , lipas , lalat dan labah-labah. Jangan terkejut !  So kalau ada benda ni kat rumah korang, paham2 lah kenapa boleh ada lipankan?  Jadi apa kata kita ambil pendekatan terbaik , Elakkan kehadiran lipan dengan memastikan rumah anda bersih dan  bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.

Selamat mengemas dan Selamat menghalau lipan!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.