fbpx
Now Reading
Makin Dapat Perhatian Ramai, Podcast Kini Jadi Pilihan

Makin Dapat Perhatian Ramai, Podcast Kini Jadi Pilihan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Podcast merupakan audio rakaman yang berkonsepkan rancangan dan bual bicara berepisod dalam platform digital. Siaran podcast kini semakin mendapat perhatian termasuklah di Malaysia.

Tahukah anda, nama Podcast dicipta dengan menggabungkan perkataan Ipod dan Broadcast menjadi Podcast.

Kewujudan podcast ini bermula apabila seorang juru video bernama Adam Curry dan pembangun perisian Dave Winer bergabung idea pada tahun 2000, kemudian dikembangkan sehingga mendapat perhatian pada tahun 2004.

Sejajar zaman teknologi kini Astro Radio juga telah melancarkan aplikasi SYOK, sebuah aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu yang membolehkan pengguna mendapat akses ke semua kandungan digital seperti artikel, video, live radio dan paling best SYOKcast dalam satu platform.

Menerusi aplikasi SYOK, pengguna boleh melayari dengan mudah, 25 rangkaian jenama Astro Radio di serata Malaysia, mendengar SYOKcast secara langsung (radio on-demand), juga SYOKcast yang dihasilkan secara ekskusif.

Apa itu SYOKcast?

SYOKcast merupakan podcast yang terdiri dari beberapa segmen antaranya Mama Drama, Gender Bender, Borak-Borak Kosong, Dua Orang Budak Nakal, Lady & The Geek, Comic Issue dan banyak lagi.

Antara yang menarik dalam segmen SYOKcast ialah seperti membicangkan tentang parenting, gaming, relationship, isu-isu berkaitan gender dan banyak lagi.

SYOKcast bukan sahaja terdapat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, ia juga boleh didapati dalam Bahasa Cina.

Jadi apa lagi, jom dengarkan SYOKcast. Muat turun aplikasi SYOK di Google Play Store atau Apple App Store sekarang. Haa.. Tunggu apa lagi, klik sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.