
Ikuti 7 Langkah Menggunakan Hand Sanitizer Dengan Cara Betul Oleh Jururawat Ini (Video)
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penggunaan hand sanitizer atau dalam bahasa kebangsaan, cecair pembasmi kuman dilihat kerap digunakan oleh rakyat Malaysia ketika ini sebagai alternatif menggantikan penggunaan air dan sabun dalam mencegah wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Ini kerana hand sanitizer mudah disimpan dan dibawa kemana-mana terutamanya dalam jenis botol kecil.

Persoalannya, adakah teknik atau langkah dalam menggunakan hand sanitizer anda itu betul dan diyakini berkesan membunuh kuman dan virus?
Apa kata ikuti video di bawah, perkongisan seorang doktor, Dr Sazwan di Twitter yang memuat naik satu klip video langkah-langkah menggunakan Hand Sanitizer dengan betul yang didemonstrasikan oleh seorang jururawat, Staff Nurse (SN) Hidayah
Saya dapati hand sanitizer laku keras di farmasi. Tahukah anda teknik menggunakannya?
— DrSazOne (@drwaque) March 12, 2020
Ini tutorial 7 langkah hand rub.
Perkongsian saya dapat daripada Whatsapp.
Terima kasih SN Hidayah kerana perkongsian.#COVIDー19 pic.twitter.com/1CKpfRkncF