fbpx
Now Reading
Ini Cara & Kaedah Buang Minyak Masak Yang Patut Korang Tahu

Ini Cara & Kaedah Buang Minyak Masak Yang Patut Korang Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menyediakan makanan bergoreng bagai sudah menjadi menu harian bagi penduduk di Malaysia dan negara Asian lainnya. Justeru untuk memastikan makanan tersebut sihat, kita pastinya memilih menggunakan minyak baharu setiap kali menggoreng.

Persoalannya bagaimanakah caranya untuk menguruskan lebihan minyak yang sudah digunakan? Nak buang dalam sinki atau tandas? Memang tak lah kan?

Ini hanya akan menyebabkan sinki anda tersumbat dan yang paling teruk mencemarkan alam sekitar.

Jadi di bawah kami kongsikan dua cara dan kaedahnya yang boleh anda praktikkan dalam memudahkan urusan anda dan dalam masa sama berbakti kepada bumi.

#1 Kitar Semula

Jadi cara paling mudah adalah dengan mengitar semula minyak-minyak tersebut . Langkahnya juga mudah seperti di bawah :

Foto : USIM
  • Sejukkan minyak yang telah digunakan.
  • Sediakan penapis dan corong dan letakkan ke botol kosong yang akan dijadikan botol simpanan minyak masak terpakai
  • Ulang langkah sama setiap kali lepas memasak.
  • Kumpul botol yang telah penuh dan diikat ketat dan anda boleh menghantarnya ke mana-mana pusat kitar semula. Selain itu anda juga boleh menjualnya ke syarikat yang mengusahakan green energy/ low green energy antaranya Alam Flora dan banyak lagi syarikat swasta .

#2 Buang guna kaedah orang Jepun

Orang jepun dalam melupuskan minyak masak mereka kebanyakannya akan menggunakan teknik keraskan dan buang. Persoalannya bagaimana ?

Caranya mudah sahaja. Apa yang perlu anda dapatkan ialah Oil Hardener yang boleh didapati secara online atau dari kedai Daiso

Ada 5 pek kecil di dalam tersebut yang kelihatan seperti Bijirin Oat di sebelah kanan gambar di atas. Gunakan 1 pek kecil tersebut untuk setiap proses mengeraskan minyak dan ikut langkah di bawah :

  • Panaskan minyak yang bakal anda buang dan tutup apinya selepas panas. (pastikan api ditutup sebelum menabur Oil hardener)
  • Terus tuangkan serbuk Oil Hardener yang kelihatan seperti Bijirin Oat tadi kedalam minyak tersebut.
  • Kacaukan sehingga ia sebati.
  • Biarkan ianya selama beberapa jam (dan tutup periuk jika anda mahukan)
  • Buka dan tengok hasilnya, minyak yang sudah dikeraskan. Kini anda boleh mengangkatnya untuk terus dibuang kedalam tong sampah

Tonton video di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.