fbpx
Now Reading
Ini 8 Cara Halau Tikus Dari Rumah, Pasti Menyesal Kalau Datang

Ini 8 Cara Halau Tikus Dari Rumah, Pasti Menyesal Kalau Datang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja tikus, pasti ramai yang mula naik bulu roma atau geli geleman, kan?

Tambah pula, apabila cuba membayangkan betapa besar dan gemuknya haiwan itu, sudah cukup meloyakan tekak. Selain hidup di kawasan yang kotor, mereka tentunya membawa pelbagai jenis penyakit yang boleh mengancam nyawa seseorang.

Biarpun mereka merupakan haiwan perosak, namun kehadirannya cukup digeruni oleh tuan rumah atau pengusaha kedai makan.

Bila difikirkan kembali, pasti ramai yang menganggap tempat itu kotor dan menjijikkan, jika kita menjumpai haiwan ini di sekitar gerai makan mahupun kawasan rumah.

Jika dahulu kita mengunakan racun tikus atau memasang perangkap juga tidak berhasil. Kini, kami mempunyai cara bagaiman untuk menghalau makhluk perosak yang juga dikenali sebagai Cik Ti ini.

Daun pandan

Korang boleh letakkan daun pandan dekat kawasan yang ada tikus atau laluan mereka sebab mereka cukup tak gemar akan bau daun pandan.

Selain dapat halau tikus, rumah korang juga berbau harum dan segar.

Daun durian belanda

Dapatkan beberapa helaian daun durian belanda. Kemudian, letakkan pada sarang tikus atau tempat yang mereka lalu.

Selepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru. Boleh juga letakkan dalam almari pakaian bagi elakkan tikus duduk di situ.

Pokok daun semalu

Tikus cukup takut akan pokok daun semalu kerana ia mempunyai duri yang tajam.

Untuk mengelakkan kehadiran tikus ke dalam rumah, korang boleh cuba tanam pokok daun semalu ini di sekeliling tepi rumah yang menjadi laluan mereka.

Kulit durian

Hanya kulit durian saja tau!

Selepas makan durian, letakkan beberapa potongan kulit durian pada laluan tikus kerana selain duri yang tajam, tikus kurang gemar akan bau durian di tempat mereka.

Sisa teh uncang

Siapa yang minum teh uncang, ini bonus untuk korang. Ambil teh uncang yang sudah digunakan dan gantungkan di kawasan yang jadi tempat laluan tikus.

Tikus memang tak suka dengan bau teh uncang dan pada masa yang sama, korang juga boleh menghalau labah-labah juga tau!

Serai wangi

Tidak kisah jenama (Foto Sekadar Hiasan)

Serai wangi ini cara paling popular untuk halau tikus. Siap ada macam-macam jenis produk yang dibuat menggunakan serai wang ini. Sama ada dalam bentuk serbuk, cecair dan kiub pun ada.

Kalau nak halau tikus dengan cepat, letakkan serai wangi segar atau sembur je cecair serai wangi pada laluan atau sarang tikus.

Cuka atau serbuk lada hitam

Titiskan cuka dalam bekas kecil di tempat laluan tikus dan kena sentiasa tambah cuka di situ.

Kalau korang tak suka bau cuka, korang boleh taburkan serbuk lada hitam pada laluan tersebut.

Bela kucing

Pada yang bela kucing pasti boleh gunakan cara ini untuk menghalau tikus.

Tapi kena pastikan kucing korang memang ada skill menangkap tikus supaya korang boleh biarkan saja kucing itu selesaikan kerjanya.

Paling best lagi, korang akan dapat hadiah tikus seekor dari kucing kesayangan korang tu! Hehe…

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat korang yang sedang berusaha menghalau makhluk perosak ini dari rumah. Semoga berjaya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.