fbpx
Now Reading
Rambut Kerap Gugur & Kelihatan Jarang? Ini Syampu Yang Dapat Atasi Masalah Anda

Rambut Kerap Gugur & Kelihatan Jarang? Ini Syampu Yang Dapat Atasi Masalah Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susahnya jadi wanita kan? Rambut gugur merata tempat, rambut berminyak ditambah pula dengan bau yang kurang menyenangkan. Takutnya!

Itulah masalah yang sering dialami oleh setiap wanita terutamanya yang mengenakan hijab sepanjang masa sangat mencabar rasanya.

Mana tidaknya, bila sudah memakai tudung masa itulah berasa gatal di bahagian kulit kepala, lebih parah jika mereka tidak menjaga rambut dengan cara yang betul akan menyebabkan kulit kepala mengalami tahap kelemumur yang teruk seperti kudis. Percaya atau tidak, perkara tersebut masih berlaku sehingga kini.

Jadi kami kongsikan beberapa jenama syampu bagi membantu merawat masalah yang dialami oleh para wanita. Let’s go!

#1 Seborin Hair Tonic Schawarzkopf

  • Tonik rambut ini untuk menguatkan akar rambut dan dikhaskan bagi mereka yang berambut nipis dan gugur
  • Pastikan korang tuang sedikit di tapak tangan sebanyak 2 atau 3 titik sahaja di kulit kepala korang
  • Untuk bau dia, biasalah dah nama pun ubat kan so bau dia agak mencabar sedikit
  • Selain itu, korang boleh jimatkan wang korang sebab 1 botol saja boleh tahan hingga 3 ke 4 bulan. Jangan terkejut
  • Pastikan juga korang beli yang original sebab dah banyak yang fake dengan clone sekarang ni

#2 Shampoo Alpecin

  • Shampoo ini amat yang rambut asyik gugur. Shampoo ini akan menolong menguatkan kembali akar rambut korang
  • Bau dia macam bau ais mentol
  • Pemakaian shampoo ini senang saja, korang sapu sahaja shampoo ini dekat rambut sambil urut kalau mahu, biarkan selam 2 ke 3 minit baru korang bilas
  • Selepas korang basuh rambut, korang akan rasa rambut korang seakan kejung keras sikit dan ia normal kerana shampoo ini tiada paraben
  • Untuk itu, korang kena pakai conditioner atau hair mask bagi melembutkan kembali rambut korang

#3 Hair Tonic Seborin

  • Tonik rambut ini dibuat khas yang berkelemumur sahaja tau!
  • Untuk menjimat, korang boleh letak dalam botol spray sebab dia sangat cair. Tak adalah nanti kes tertumpah menangis tepi bucu

#4 Hair Mask Keratin Smooth

  • Untuk menjimatkan duit korang dari pergi salon saja tu, baik korang cuba hair mask jenama ini sangat disarankan
  • Korang boleh pakai 3 kali seminggu sahaja tau
  • Cara pakai hair mask ini, lepas korang pakai shampoo alpacin bolehlah sapu benda ini dari tengah rambut sampai hujung. Selepas itu biarkan selam 5 hingga 10 minit baru korang bilas
  • Bau dia jangan cakaplah wangi sangat dan dia buat rambut korang smooth saja macam iklan tv

#5 Loreal elseve extraordinary oil

  • Kebanyakkan hair oil akan buat rambut korang berminyak sebab tak sesuai dengan kulit kepala
  • Tapi hair oil ini memang bagus selain buat rambut korang rasa lembut macam rebonding dekat salon saja
  • Untuk hair oil jenama ini, diorang ada 4 ke 5 jenis tapi ikut kesesuaian dekat rambut korang juga tau!
  • Texture hair oil jenama ini sangat ringan and mudah meresap ke rambut kita
  • Jadi yang ada masalah rambut kering, warna atau rambut kejung sekalipun boleh pakai hair oil ini
  • Cara pakai senang saja letakkan 2 ke 3 titis pada tapak tangan korang dan ratakan dari tengah rambut hingga ke hujung

Haa…mudah saja kalau korang nak cari barang yang kami sudah senaraikan di atas sebenarnya. Korang boleh cari dekat drugstore macam Guardians, Watsons ataupun Shopee senang saja. Zaman sekarang, rambut sangat penting bagi para wanita kerana ia merupakan mahkota bagi seseorang yang bergelar wanita. Jadi tolong jaga rambut kita supaya kekal sihat dan cantik.

Kredit: Shehnaz Khan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.