Now Reading
Ini Antara Petua Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Mudah & Berkesan

Ini Antara Petua Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Mudah & Berkesan

Kalau ternampak seseorang mempunyai eyebag yang teruk pastinya kita akan menganggap bahawa mereka baru lepas putus cinta menyebabkan eyebag mereka kelihatan teruk sekali. Betul tak?

Namun sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan eyebag terjadi iaitu tabiat susah tidur, tekanan, alahan atau mungkin faktor genetik dan juga water retention.

Kredit: Hijabista

Setiap wanita pasti sering menghadapi masalah eyebag yang sangat teruk hingga digelar ‘panda’ bukan? Jadi kami disini ingin berkongsikan 5 petua yang sangat berkesan bagi menghilangkan eyebag dengan mudah.

Kuning Telur + Lemon

Kredit: Riaurealita.com
  • Cara: Campurkan sebiji kuning telur, 1 sudu madu dan sedikit perahan lemon. Kemudian gaulkan bahan tersebut sehingga sebati
  • Sapukan bahan tersebut di bahagian eyebag sebelum tidur dan korang bolehlah cuci keesokan harinya

Minyak Badam

Kredit: Majalah Wanita
  • Khasiat minyak badam ini boleh membantu mengurangkan kesan eyebag kerana mengandungi vitamin E yang tinggi
  • Cara: Sapu di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur tau
  • Petua ini juga boleh membantu meratakan tona kulit di bawah mata agar tidak kusam lagi

Uncang Teh

Kredit: Nona
  • Untuk yang ini, korang tak perlulah pakai uncang teh yang baru. Tapi guna sahaja yang sudah dipakai. Jadi jangan buang tau!
  • Cara: Basuh sampai bersih dan sejukkan di dalam peti ais selama 10 hingga 15 minit
  • Kemudian, tekapkan uncang tersebut di bahagian mata selama 15 minit
  • Korang boleh buat sama ada sebelum ataupun selepas bangun tidur

Kentang

See Also

Kredit: IEyeNews
  • Jangan terkejut tau, sebenarnya kentang mengandungi enzim yang boleh membantu korang untuk mencerahkan kulit wajah
  • Cara: Cuci kentang dan hiriskan kepada beberapa keping
  • Kemudian, tekapkan hirisan tersebut ke bahagian eyebag selama 10 hingga 20 minit
  • Terpulang kepada korang kalau nak buat sebelum atau selepas tidur

Timun

Kredit: Liputan6.com
  • Petua ini memang tak pernah mengecewakan semua orang. Selain boleh dimakan ia juga mampu merawat masalah eyebag
  • Cara: Hiriskan timun menjadi kepingan dalam bentuk bulat
  • Kemudian letakkan di kawasan eyebag selama 15 minit
  • Petua ini boleh dilakukan setiap hari kerana ia bagus untuk merehatkan mata yang pedih

Jangan lupa tau cuba petua yang kami bagi untuk merawat eyebag korang tu. Selamat mencuba!

Kredit: Norzalina Mohd Alias

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.