fbpx
Now Reading
Jangan Picit Dah! Ini 5 Cara Mudah Hilangkan Blackhead & Whitehead Dari Kulit Muka

Jangan Picit Dah! Ini 5 Cara Mudah Hilangkan Blackhead & Whitehead Dari Kulit Muka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesetengah wanita kurang mengambil berat terhadap penjagaan kulit wajah kerana menganggap bahawa penjagaan kulit wajah memerlukan wang yang banyak agar kulit kelihatan mulus dan sihat.

Namun, setiap wanita menghadapi masalah yang berbeza-beza iaitu kulit kering, kusam atau berminyak. Namun bagi yang mempunyai kulit wajah yang berminyak pastinya menghadapi liang pori terbuka.

Kredit: Tloppy

Apabila seseorang menghadapi liang pori yang terbuka, ia akan menghadapi masalah blackhead, whitehead dan juga jerawat terutamanya di kawasan pipi atau hidung.

Jadi kami ingin kongsikan cara mudah untuk menghilangkan whitehead atau blackhead tanpa perlu picit lagi. Mari kita intai sikit!

#AIS

Kredit: OhFesyen
  • Ais akan membantu meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
  • Cara: Balutkan ketulan ais dalam kain dan tekapkan di bahagian pori terbuka selama 30 saat (lakukan sekerap yang mungkin) atau korang boleh cuci muka dengan air yang berisi ais 1 kali sehari
  • Untuk kesan yang lebih efektif, korang boleh gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun the hijau dan kemudian bekukan

#CUKA EPAL

Kredit: Keluarga
  • Cuka epal ini boleh membantu korang untuk menegangkan kulit, mengurangkan pori dan juga mengembalikan kestabilan Ph pada kulit muka
  • Cara: Campurkan cuka ke dalam air. Kemudian, gunakkan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka korang hingga kering dan bilas.
  • Sebaiknya lakukan setiap malam selepas korang cuci muka

#PUTIH TELUR

Kredit: Orami Parenting
  • Putih telur bantu mengecutkan liang pori yang terbuka selain menghilangkan minyak yang berlebihan di muka
  • Cara: Pukul putih telur dan sapukan di muka korang. Biarkan kering dan baru dibilas
  • Untuk kesan yang efektif, selepas korang sapukan putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya.
  • Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering
  • Lakukan selama 2 kali seminggu

#SKRUB GULA

Kredit: FMT
  • Skrub muka akan membantuk korang membuang minyak berlebihan pada kulit wajah selain dapat mengurangkan pori-pori terbuka
  • Cara: Gaulkan 2 sudu gula, 1 sudu madu dan sedikit jus lemon. Kemudian sapukan pada kulit muka dan biarkan selam 30 minit dan baru dibilas.
  • Lakukan sekerap mungkin
  • Untuk menambahkan aroma lain seperti kayu manis atau vanilla amat digalakkan untuk bau harum

#SODA BIKARBONAT

Kredit: Ruzanalbs.com
  • Ia membantu membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka kita dan ia juga membantu dalam merawat masalah jerawat
  • Cara: Buat pes mengunakan 2 sudu soda bikarbonat dan air. Sapukan pada kulit wajah dan urutkan secara perlahan-lahan agar bahannya mudah untuk menyerap.

Masa ini lah korang patut cuba untuk buang blackhead atau whitehead dari terus menguasai kulit muka korang. Ayuh! Kita hapuskan mereka jauh-jauh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.