fbpx
Now Reading
Dessert Viral, Ini Resepi Mudah Buat Cha Bang Ang Thai Yang Lazat

Dessert Viral, Ini Resepi Mudah Buat Cha Bang Ang Thai Yang Lazat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di media sosial, pasti ramai yang memuji akan kesedapan air Cha Bang Ang ini, kan? Mana taknya ia antara dessert Thailand yang tengah viral dekat Malaysia. Mana-mana saja pasti ada yang menjual dessert viral ni, betul tak?

Disebabkan itu, korang pun teringin nak cuba rasa sendiri dessert Cha Bang Ang. Bagi yang nak mencuba tu bolehlah tengok resepi yang dikongsikan oleh sis Acik Siti ni. Rupanya senang saja nak buat selain bahan yang digunakan pun simple. Jom tengok!

CARA BUAT DESSERT THAI VIRAL CHA BANG ANG

Kredit: Facebook/@AcikSiti

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • 1-2 tiub cincau manis
  • Gula karamel (masak 1 cawan gula perang dengan 1 cawan air)
  • 3 sudu makan selasih (pastikan korang rendam dulu dengan air panas)
  • 2 cawan susu full cream
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Satukan susu full cream, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam. Goncang sampai sebati dan kemudian ketepikan dahulu
  2. Potong cincau manis jadi bentuk dadu kecil dan masukkan ke dalam mangkuk
  3. Masukkan juga gula karamel, biji selasih dan campuran susu tadi dengan kacau hingga rata
  4. Tambahkan ais dengan secukupnya ke dalam mangkuk tadi
  5. Sekarang, korang dah boleh nikmatinya

Hasilnya seperti ini:

Kredit: Facebook/@AcikSiti
Kredit: Facebook/@AcikSiti

Haa.. korang tunggu apa lagi, dah bolehlah cuba buat dessert ni dekat rumah. Mesti sedapkan dapat makan masa minum petang dengan keluarga. Sambil tu korang tambah skill buat dessert lain yang famous, kan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.