fbpx
Now Reading
Ini Resepi Mudah & Sihat Kuih Keria Oat Gula Melaka

Ini Resepi Mudah & Sihat Kuih Keria Oat Gula Melaka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi pembuat makanan dan juga pastri, tepung gandum merupakan bahan asas yang banyak digunakan dalam sektor industri. Namun, pengguna Facebook ini, Noraliza Alwi menggunakan kaedah berbeza dalam resepinya dimana dia mengantikan tepung gandum kepada oat bagi resepi kuih keria gula melakanya.

Secara umumnya, pengambilan oat amat digalakkan kepada seseorang yang sedang berdiet kerana ia dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Jadi, untuk itu kami ingin kongsikan resepi kuih keria gula melaka oleh sis Noraliza Alwi. Tengok sampai habis tau!

KERIA OAT GULA MELAKA

Kredit: mohdzarin.com

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji keledek
  • 5 sudu besar oat
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Gula kelapa atau gula kabung

CARA MEMBUAT:

  1. Rebus 3 biji keledek dan dilecekkan.
  2. Kisar kering 5 sudu oat sehingga jadi tepung.
  3. Campur oat dalam keledek dan adun jadi doh.
  4. Bentukkan jadi bentuk cincin.
  5. Gorenglah sehingga garing.
  6. Sambil goreng, boleh cairkan gula kelapa dan masak sehingga pekat melekit.
  7. Selepas keria masak garing, boleh sira dalam gula kelapa tadi.

Tip:

  1. Manis tanpa gula putih. Gunakan gula kelapa atau gula kabung. Tepung gandum ganti oat supaya lebih sihat dan kenyang lebih lama.
  2. Kalori masih tinggi tapi gula kelapa lebih rendah indek glicemik daripada gula putih. Lambat terurai dalam darah jadi kenyang lebih lama.

Hasilnya:

Kredit: Facebook/ @Noraliza Alwi

Kredit resepi: Noraliza Alwi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.