fbpx
Now Reading
Tiada Guna Muka Cantik Tapi Kulit Kering, Ini 7 Tips Dapatkan Kulit Glowing

Tiada Guna Muka Cantik Tapi Kulit Kering, Ini 7 Tips Dapatkan Kulit Glowing

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Eh! kenapa muka awak macam tu? lainlah muka awak sebelum dengan selepas makeup. Awak tak jaga muka ya? Tulah pakai makeup banyak sangat.”

Siapa yang tak kecewa kalau dengar orang lain cakap macam tu, bukan? Setiap wanita perlu mementingkan soal penjagaan kulit dan mendapatkan rawatan yang rapi bagi kulit mereka. Jadi, janganlah hanya terlalu berbelanja untuk produk makeup, jika dalam bab skincare korang berkira pula! Apa kata kita berubah dari beli banyak makeup, lebih baik cari produk skincare yang bagus dan bersesuaian dengan kulit kita.

Untuk itu, kami mahu berkongsikan antara produk yang bersesuaian untuk kulit berminyak dan liang pori terbuka. Ia juga sesuai bagi yang mempunyai masalah kulit yang berbeza, namun korang tetap perlu extra precaution dalam bab kulit ya!

#1 CLEANSING OIL

Kredit: Twitter/ @NaufalAntezem
  • Cleansing oil digunakan bagi menghapuskan makeup dari muka selain menggunakan makeup remover.
  • Korang juga boleh menggunakan cleansing oil bagi membuang lebihan minyak dari muka selain menggunakan facial oil tissue.

#2 MASK

Kredit: Website/ Skincare.com
  • Face mask boleh dipakai 2 hingga 3 kali seminggu sahaja.
  • Mask yang terbaik adalah sejenis clay mask kerana ia membantu dalam memberikan perlindungan maksimal pada liang pori dan juga membersihkan liang pori secara maksimal.
  • Clay mask juga membantu dalam mengurangkan jerawat. Jadi untuk itu, pilihlah mask yang terbaik untuk kulit korang.

#3 EXFOLIATOR

Kredit: Vanity Wall
  • Pengelupasan ini banyak membantu untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak tapi tidak disarankan selalu menggunakannya kerana ia boleh menipiskan kulit korang.
  • Ini akan membantu mengeluarkan sel kulit mati daripada kulit wajah jadi hasilnya kulit bertambah bersih dan juga boleh mengurangkan jerawat dan jeragat di muka.
  • Ia sangat bagus bagi yang sering memakai makeup atau yang bekerja menggunakan makeup berjam-jam di muka. Jadi jangan skip step ini ya!

#4 CLEANSING WATER

Kredit: Silver Treasure
  • Yang ini tak perlu beritahu dah sebab dah ramai yang tahu kebaikannya.
  • Yang penting, pakai atau tak pakai makeup digalakkan cuci menggunakan ini dahulu.

#5 FACIAL WASH

Kredit: Website/ Irra Octavia
  • Pencuci muka perlulah bersesuaian dengan masalah kulit yang dihadapi oleh si pengguna.
  • Jika dahulunya kulit kita kering tapi sedang mengalami masalah kulit berminyak secara tiba-tiba, disarankan korang memilih pencuci muka yang normal atau berminyak bagi mengurangkan masalah kulit korang.

#6 SCRUB

Kredit: Says.com
  • Pemakaian skrub haruslah bersesuaian dan melihat bahan-bahan yang digunakan agar tiada masalah di kemudian hari.
  • Pengunaan skrub disarankan 2 hingga 3 kali seminggu.
  • Ketika menggunakan skrub, korang janganlah sental muka terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulit korang bertambah kasar.

#7 FACE STEAM

Kredit: Medical News Today
  • Ramai yang tidak mengetahui akan kaedah ini, sebab tu mereka main pakai mask tanpa steam muka terlebih dahulu.
  • Kaedah ini akan membuatkan pori terbuka lebih luas dan mampu menyerap segala kebaikan, zat, nutrien, enzyme mask yang kita guna.
  • Especially, kalau guna mask yang peel off akan memudahkan segala blackhead dan whitehead itu keluar dari kulit muka kita.
  • Tak boleh kerap buat sebab kaedah ini akan membuka semua liang pori di muka kita. Cukup sekadar seminggu sekali sahaja.
  • Caranya mudah sahaja:
    1. Ambil semangkuk air panas dan titiskan essential oil/ herbs/ kelopak bunga ros pun boleh.
    2. Lindung kepala dan muka dengan menggunakan tuala dan letakkan muka dalam 4 atau 5 inci dari paras air.
    3. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan korang akan rasa kulit muka korang macam segar dan pori terbuka.
    4. Keringkan dan lap dengan menggunakan tisu.
  • Kaedah ini juga bagus untuk mereka yang ada asma, sinus ataupun resdung kerana ia membantu dalam sistem pernafasan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.