fbpx
Now Reading
Ingin Berbelanja Online? Ini Cara Semak Harga Sebenar Barangan di Lazada & Shopee

Ingin Berbelanja Online? Ini Cara Semak Harga Sebenar Barangan di Lazada & Shopee

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk jualan besar-besaran dalam talian 11/11 di laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Yang menariknya kedua-dua laman web dan banyak lagi laman e-dagang di Malaysia akan menawarkan pelbagai promosi menarik dengan harga serendah RM1 penjimatan sehingga 99%. 

Namun macam mana nak tahu berapa perbezaan harga yang ditawarkan dan apakah harga sebenar sesuatu barang tersebut .

Jangan risau anda boleh menggunakan extension ‘price tracker’ yang diberi nama AliPrice Shopping Assistant, untuk mengetahui perbezaan tersebut.

Extension ini akan dipasang di aplikasi Chrome komputer anda dan ianya boleh digunakan pada kedua-dua laman web tersebut iaitu Shopee dan Lazada.

Fungsi extension sama seperti namanya dimana ia akan memantau harga sesuatu barangan tersebut dari tempoh 3 atau 6 bulan. Ini akan memudahkan anda untuk melihat perubahan harga barangan tersebut samaada kecil atau besar

Sebagai contoh kami tunjukkan di bawah :

Harga yang hampir sama dalam tempoh 3 bulan berbeza

Perbezaan harga yang ketara dalam tempoh 3 bulan

Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat membuat penjimatan malahan boleh tahu samada ada sesuatu barangan tersebut patut beli secepat mungkin atau sebaliknya

Sebagai contoh seperti jualan promosi 11.11 yang bakal tiba, jika harga barangan yang anda sedang recce itu begitu murah atau terdapat banyak penjimatan mungkin inilah masa yang terbaik untuk anda membuat pembelian barang tersebut.

Menarik bukan? Untuk memuat turun extesion Ali Price Shopping Assitant ini ikuti pautan di bawah :

Muat turun extension Chrome AliPrice untuk Lazada di sini

Muat turun extension Chrome AliPrice untuk Shopee di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.