fbpx
Now Reading
Ini 8 Tips Paling Berkesan Untuk Atasi Masalah Bibir Merekah

Ini 8 Tips Paling Berkesan Untuk Atasi Masalah Bibir Merekah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap wanita pastinya menghadapi masalah bibir selalu merekah bukan? Antara faktor yang menyebabkan hal tersebut berlaku ialah disebabkan kekurangan air, cuaca yang panas atau kesan gincu yang dipadamkan dengan cara yang salah.

Apabila mereka mengalami situasi sebegini akan mengundang ketidakselesaan kepada mereka. Mereka juga akan mudah terdedah kepada sakit ruam, kemerahan, luka kecil dan kulit mengelupas di bahagian bibir.

Hari ini kami ingin kongsikan tips kepada anda semua tentang bagaimana cara untuk mengelak bibir daripada mengelupas dan juga cara merawatnya.

#1 SENTIASA MEMAKAI LIP BALM

Kredit: www.coco.id
  • Sapukan lip balm untuk penyembuhan dan mengelakkan bibir pecah. Lip balm juga akan membantu untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi bibir anda daripada merekah.
  • Untuk pemilihan lip balm yang terbaik, pastikan lip balm tersebut mengandungi 3 jenis bahan ini:
    1. Beeswax
    2. Petroleum
    3. Dimethicone

#2 GUNAKAN PETROLEUM JELLY

Kredit: Beauty Journal-Sociolla
  • Dengan penggunaan petroleum jelly ini boleh membantu untuk melindungi bibir daripada matahari yang boleh menyebabkan bibir kering dan merekah.
  • Caranya, sapukan setiap malam sebelum korang masuk tidur ya!

#3 SAPUKAN PELEMBAP BIBIR

Kredit: Beauty Journal-Sociolla
  • Menggunakan pelembap bibir akan membantu bibir anda mengekalkan kelembapannya. Pelembap bibr juga adalah salah satu produk yang penting untuk memastikan bibir tidak mudah merekah.
  • Pastikan korang cari pelembap yang ada bahan seperti di bawah:
    1. Shea Butter
    2. Emu Butter
    3. Vitamin E Oil
    4. Coconut Oil

#4 GUNAKAN SKRUB UNTUK MEMBUANG SEL MATI DI BIBIR

Kredit: Keluarga
  • Pengelupasan bibir adalah langkah pertama yang menyebabkan bibir merekah. Korang boleh menggunakan skrub untuk bibir dan pastikan korang gosok secara perlahan untuk mengelakkan luka.
  • Boleh gunakan skrub ini sebanyak 4-5 kali seminggu. Jika ada pilihan lain, boleh juga buat sendiri di rumah dengan menggunakan gula dan madu.

#5 GUNAKAN LIP MASK

Kredit: The Pretty Butterfly
  • Bukan muka je yang ada mask tau tapi bibir pun ada. Pentingnya penjagaan kulit muka kita dengan cara kita perlu ada semua jenis produk.

#6 GUNAKAN LIP BALM YANG MENGANDUNGI SPF

Kredit: OhFesyen
  • Korang selalu lupa yang bibir selalu terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menyebabkan ianya menjadi kering. Oleh itu, korang kena pastikan lip balm korang mengandungi SPF tau!

#7 ELAKKAN GIGIT ATAU JILAT BIBIR KETIKA KERING DAN MENGELUPAS

Kredit: Kompasiana.com
  • Jika sering menjilat bibir ketika ianya dalam keadaan kering akan menyebabkan ia bertambah teruk iaitu bibir akan lebih mengelupas.
  • Memang terlihat korang seakan sedang membasahkan bibir tapi sebenarnya boleh membuatkan bibir korang semakin kering.
  • Jadi jangan jilat atau gigit ya, hanya perlu minum air masak saja.

#8 JANGAN SESEKALI MENGUPAS BIBIR

Kredit: Hijabista
  • Perkara yang menjadi kebiasaan bagi kita adalah mengupas bibir hingga menyebabkan luka kecil, pendarahan serta bengkak.
  • Perkara ini akan menjadikan bibir lebih sukar untuk sembuh.
  • Jadi, buang tabiat ini ya!

CARA MERAWAT BIBIR YANG MEREKAH

Kredit: The Shonet
  1. Minum air masak secukupnya. Ia akan mengembalikan kelembapan yang hilang selain menjaga tubuh agar terhidrasi dengan baik. Minum setidaknya 8 gelas sehari terutamanya sebelum makan dan juga sebelum tidur.
  2. Gunakan madu asli untuk disapukan pada bibir setiap hari dan gunakan pada setiap waktu malam sebelum tidur.
  3. Gunakan minyak zaitun untuk membantu melembapkan bibir.
  4. Gunakan gula untuk skrub bibir korang dan pastikan gosok secara perlahan-lahan.
  5. Gunakan lidah buaya kerana ianya berguna untuk merawat bibir yang bermasalah.
  6. Gunakan petroleum jelly dan sapukan ia pada bibir setiap malam dan cuci di waktu pagi.

Tak susah nak kekalkan kelembapan bibir cuma kita je rajin ataupun malas, itu persoalannya? Korang juga perlu memilih produk yang betul untuk merawat masalah bibir korang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.